in , ,

Samsung Galaxy S21 Mungkin Hadir Tanpa Pengecas Dan Fon Telinga Dalam Kotak

Beberapa bulan lepas, kita telah mendengar laporan awal mengatakan Samsung akan tidak menyertakan pengecas dan fon telinga di dalam kotak pembelian peranti – lebih kurang seperti langkah yang dilakukan Apple baru-baru ini. Terbaru, laporan baru hadir, mengatakan Samsung akan melakukan perkara berkenaan melalui telefon mercu akan datang mereka – Galaxy S21 (atau mungkin Galaxy S30).

Terdapat beberapa laporan kini menyatakan Samsung Galaxy S21 mungkin hadir tanpa pengecas atau fon telinga dalam kotak pembelian. Media Korea Selatan mendakwa Samsung sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan kedua-dua aksesori tersebut dari kotak Galaxy S21.

Dengan melakukannya, Samsung akan mengikut jejak langkah Apple yang tidak menyertakan pengecas dan fon telinga dalam kotak iPhone 12.

Ironinya, Samsung sebagai pengeluar peranti Android sebelum ini tidak ketinggalan untuk turut serta mengkritik Apple dengan memuatnaik imej yang jelas ditujukan kepada Apple.

Beberapa sumber turut mempercayai, walaupun Samsung tidak membuang kedua-duanya, syarikat itu mungkin akan mengeluarkan fon telinga dan hanya menyertakan pengecas dalam kotak pembelian Galaxy S21.

Bagaimanapun, belum diketahui sama ada Samsung akan mengurangkan harga Galaxy S21 atau sebaliknya, jika aksesori tersebut dikeluarkan.

Sumber: SamMobile

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

iPhone 12 Dilaporkan Mengalami Masalah Cat Tertanggal Pada Bingkai

Walaupun Dah Putus, Syafiq Kyle & Mimi Lana Tetap Profesional