in ,

Salamiah Hassan Menghitung Hari Kini Giat Jalani Latihan

Pejam celik – pejam celik, lebih kurang 5 hari je lagi, Konsert Gelombang Salamiah Hassan akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya. Pastinya, tika dan saat ini, penyanyi Salamiah Hassan sedang giat menjalani latihan bagi memantapkan lagi persembahan bersama pemuzik & suara latar serta tenaga kerja di belakang tabir yang lain.

[pullquote align=”right”]Berlangsung selama tiga hari berturut-turut, Konsert Gelombang Salamiah Hassan menjadi konsert solo pertama penyanyi lagu Menghitung Hari ini dan yang lebih manis, konsert ini menjadi konsert yang membuka tirai persembahan di Istana Budaya.[/pullquote]

Selama empat hari, Salamiah Hassan terpaksa ‘bertapa’ di sebuah studio milik komposer terkenal, Aubrey Suwito. Setiap hari, Salamiah Hassan menjalani latihan selama tiga jam. Wah, kira lama juga latihan dibuat. Budiey perhatikan, untuk wanita berusia lebih 60 tahun seperti beliau, memang satu keajaiban apabila beliau memberikan sepenuh komitmen dan beliau nampak begitu bersemangat.

Semasa Budiey menulis entri ini, Salamiah Hassan sedang menjalani latihan penuh di studio sebelum berlatih di Istana Budaya. Apa yang best, ada beberapa segmen yang menceritakan dari awal penglibatannya sehinggalah sekarang. Antara segmen yang menarik ialah segmen tribute untuk ibu beliau di mana Salamiah Hassan menyampaikan lagu-lagu asli terutama sekali lagu Patah Hati. Tidak lupa juga ada satu segmen Disco di mana beliau menyanyikan lagu-lagu berentak disco 80an.

Khabarnya, persembahan konsert terbitan Akid Productions ini juga akan turut dihadiri oleh ramai VIP dan kerabat di raja tanahair.

Seperti yang dijanjikan semasa sidang media, Salamiah Hassan akan menyanyikan lagu-lagi jingles (lagu iklan) yang pernah didendangkannya. Budiey pasti, pada anda yang membesar bersama Salamiah Hassan pasti akan dapat mengimbau kenangan apabila mendengar semula alunan lagu-lagu jingles sekitar tahun 80an. Salamiah Hassan banyak meminjamkan suaranya untuk lagu iklan komersial seperti Hazeline Snow dan Paddle Pop.

“Saya akan cuba membawakan sesebuah lagu itu dengan sepenuh perasaan, jiwa dan raga. Jika pendengar rasa tersentuh dengan nyanyian saya, itu bermakna tugas saya sebagai penyanyi dah berjaya dan mencapai matlamat. Saya mahu penonton merasai apa yang saya ceritakan kepada mereka.”

Bintang peserta MasterChef Selebriti yang mula mencungkil bakat dari Bakat TV anjuran RTM pada tahun 1971 itu kini rasa dah tak sabar untuk bertemu dengan peminat dan mengharapkan agar semua penggemar lagu-lagunya datang untuk menyaksikan persembahan sulungnya.

Kepada anda semua yang kini sedang menghitung hari untuk menonton persembahan solo Salamiah Hassan yang sangat menarik selama 2 jam, jangan lupa untuk mendapatkan tiket anda kerana anda akan terbuai dengan lebih 20 buah lagu di Istana Budaya pada 10 hingga 12 Januari nanti.

Bagi anda yang ingin mendapatkan tiket berharga RM80, RM100, RM150, RM200, RM250, RM300 dan RM350, sila layari www.ticket2u.biz.

konsert salamiah hassan

20140102_202242

20140102_202259

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rizman Ruzaini Lancar Laman Sesawang Rasmi

Aiman Hakim Ridza Ada Ciri Lelaki Idaman Nur Fathia