in ,

Salam Takziah! Lagenda Chrisye Meninggal Dunia

Pergi tak kembali. Begitulah hakikat hidup kita sebagai manusia yang menetap di muka bumi ini.

Pagi tadi, saya dikejutkan dengan berita kematian komposer dan penyanyi terkenal dari Indonesia, Chrisye. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 4.08 pagi (waktu Indonesia) dalam keadaan tenang dikelilingi oleh anak dan isterinya.

Apabila saya beritahu rakan-rakan di sini, ramai dari kita orang Malaysia tidak mengenali beliau. Padahal Chrisye sangat popular di serantau nusantara dengan lagu-lagunya yang punya jiwa dan penuh makna.

Foto di atas dikirim oleh seorang pembaca. Gambar: Allahyarham Chrisye bersama DJ Mikey (kanan) daripada Belanda.

Khabarnya, perginya Chrisye ke Rahmatullah dalam usia 56 tahun, akibat menderita diserang kanser paru-paru. Jasadnya disembayangkan di rumah duka Jl. Asem II No 80, Cipete, Jakarta Selatan. Chrisye dikatakan pernah bermimpi untuk meninggal pada hari Jumaat. Malah, dia pernah berpesan untuk disembahyangkan mayatnya di Masjid Karomah.

Pada saya, kehilangan ini adalah kehilangan yang amat besar bukan sahaja kepada industri seni di Indonesia malah akan diratapi oleh pengemar muzik di seluruh rumpun Asia. Maka tinggallah lagu-lagu ciptaan dan nyanyian beliau yang pastinya dikenang oleh jutaan peminatnya.

Salam takziah buat seluruh keluarga allahyarham dan semua peminat beliau serantau. Seninya, bakat dan sumbangannya akan dikenang sepanjang hayat.

Semoga ruh diberkati oleh Yang Maha Esa. Kepada-Nya kita datang, dan kepada-Nya jugalah kita kembali.

Nota Budiey:
Harimau mati meninggalkan belang
Manusia mati meninggalkan nama
penyanyi mati meninggalkan lagu
Blogger mati meninggalkan apa?
.
.
.
.
Dah tentu… blogger mati meninggalkan blognya!

Baca berita lain:

  1. Detik Hot
  2. Chrisye, Legenda yang Terus Berkarya
  3. Selamat Jalan Chrisye

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem ZOMBI KAMPUNG PISANG Lakonan Awie

Senarai Finalis Anugerah Industri Muzik ke 14