in ,

Salah Ke Makan Masakan Orang Bukan Islam, PU Azman Beri Jawapan!

Meski Hari Raya telahpun berlalu, tapi auranya masih dirasai apatah lagi bila masuk ke pejabat sambutan Hari Raya diadakan bersama rakan sekerja yang lain.

Masing-masing membawa juadah sendiri bagi menyambut Hari Raya di pejabat tapi soalnya, halalkah makan makanan yang dimasak oleh rakan sekerja bukan Muslim? Untuk kupasan hari ini adalah mengenai isu halal atau tidak makanan yang di masak oleh orang bukan Muslim, bolehkah kita memakan makanan tersebut dengan yakin?

Pendakwah Pencetus Ummah (PU) Azman menjelaskan bahawa tiada masalah bagi seseorang Muslim menikmati juadah masakan yang disediakan oleh orang bukan Islam.  PU Azman antara pendakwah yang sering menjawab persoalan-persoalan netizen mengenai hukum agama dengan cara yang sempoi di Instagram miliknya.

pu azman

Jom ikuti jawapan menarik dari PU Azman mengenai isu ini di bawah.

Bukan Soal Siapa Yang Masak Tetapi Dari Mana Sumber Makanan Diperolehi

Berdasarkan perkongsian PU Azman di akaun Instagramnya pada dua hari lalu, mengenai isu halal dan bolehkan memakan makanan yang dimasak oleh orang bukan Muslim.

PU Azman atau lebih mesra dipanggil Cik Man ini menjelaskan boleh dan halal untuk makan makanan yang dimasak oleh orang bukan Muslim.

“Boleh/halal makan makanan yang dimasak oleh orang bukan Islam. Kayu ukurnya ialah keadaan dan cara makanan itu diperolehi, bukan siapa yang masak.

Adakah Muslim masak babi, babi jadi halal?

Adakah kalau Non Muslim masak lembu yang disembelih secara syar’ie oleh Haji Fizi, lembu tu jadi haram.

Korang hadamkan caption Cik Man”

View this post on Instagram

Boleh makan makanan atau masakan yang disediakan oleh bukan Islam. Yang penting bersih sepanjang penyediaan dan masakan serta halal sumbernya. kau bukak surah al baqarah ayat 168. kau hadamkan lepas main game tu. . Kalau makanan yang melibatkan haiwan, hendaklah haiwan halal dan disembelih oleh Muslim. Tak kira laki perempuan kecik besar fizi atau mail yang penting mumayyiz. . Kalau makanan seperti sayuran atau roti, pastikan bersih. Sayur tu tak payah sembelih. . Kalau korang tanya cik man soalan, “napa nak cari makanan orang bukan islam masak, kan ramai orang islam masak?”. Cik Man jawab : “aku bukan cakap pasal nak pilih mana satu lebih utama, aku tengah bincang boleh ke tidak nak makan makanan yang disediakan oleh bukan islam”. . Jangan lari fokus topik dan isu. kadang-kadang, penyediaan bukan islam lebih bersih dari yang muslim yang segelintirnya tak jaga kebersihan. . hidup Puan Sugu! (tak kenal pi google sendiri) . tiberrr.

A post shared by PU Azman (@puazmanofficial) on

Menurut PU Azman, apa yang penting adalah dari mana sumber makanan atau bahan tersebut diperolehi dan bukannya siapa yang memasaknya. Sesuai dengan dalil yang diturunkan di dalam al-Quran dari Surah al-Baqarah ayat 168.

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”

Ayat ini ditujukan untuk umat manusia sejagat tidak kira apa jua pegangan agama, kepercayaan dan bangsa. Menerusi ayat dari surah al-Baqarah ini orang Muslim boleh makan makanan yang dimasak oleh orang bukan Muslim dengan syarat, sumber bahan makanan tersebut diperolehi dengan cara yang halal dan bersih.

Begitupun katanya, apa yang penting, masakan itu datangnya daripada sumber yang halal dan disediakan dengan cara yang bersih.

“Boleh makan makanan atau masakan yang disediakan oleh bukan Islam. Yang penting bersih sepanjang penyediaan dan masakan serta halal sumbernya.

“Kau buka surah al-Baqarah ayat 168. Kau hadamkan lepas main game tu. Kalau makanan yang melibatkan haiwan, hendaklah haiwan halal dan disembelih oleh Muslim. Tak kira laki, perempuan, kecik, besar, Fizi atau Mail yang penting mumayyiz.

“Kalau makanan seperti sayuran atau roti, pastikan bersih. Sayur tu tak payah sembelih,” tulisnya dalam satu entri di Instagram ketika menjawab kekeliruan yang mungkin berlaku dalam kalangan masyarakat.

Katanya lagi, status halal sesuatu makanan itu bukanlah dilihat daripada individu yang menyediakan masakan tersebut.

Ikut Kayu Ukur, Sumber Halal Dan Bersih

Menerusi perkongsian dari PU Azman lagi kalau makanan yang melibatkan haiwan, haiwan tersebut hendaklah halal dan disembelih oleh orang Muslim. Selain itu, PU Azman juga menyatakan kalau makanan seperti sayuran atau roti pastikan ianya bersih dan tidak perlu disembelih.

PU Azman juga berkongsi pandangannya bahawa kadang kala penyediaan makanan oleh orang bukan Islam ini lebih bersih dari segelintir orang Muslim yang tidak menjaga kebersihan.

Jadi lepas ini kamu tak perlu ragu-ragu sama ada boleh atau halalkan makanan yang dimasak oleh rakan bukan Muslim, apa yang penting sumber makanan yang kawan kamu perolehi itu halal dan bersih.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mid-Year Sales Go Shop Tawarkan Diskaun Sehingga 60%!

Gambar Hiasan

Gara-Gara Kentut Kuat, Pemuda Ini Didenda RM2,412