in , ,

Sakura Band Lancar Single Terbaharu Berjudul MONOPOLI, Lagi Lagu Tentang Persahabatan

Setelah beberapa ketika tidak muncul dengan buah tangan terbaru, kumpulan Sakura Band yang satu ketika dahulu popular dengan lagu ‘Polaroid’, ‘Pelarian’ dan ‘Melepaskanmu’ kini kembali dengan sebuah lagi karya untuk mengubati hati peminat mereka.

Sakura Band yang dianggotai oleh Melly Matius (Mell) Ali, Haniff dan Akai kali ini mempertaruhkan lagu ‘MONOPOLI’ selepas agak lama berehat. Lagu yang dicipta dan ditulis sepenuhnya oleh ahli-ahli kumpulan Sakura Band sendiri ini, mendapat sentuhan Taja selaku penerbit.

ERTI ‘MONOPOLI’ SAKURA BAND

Menurut Sakura Band, ‘MONOPOLI’ menceritakan tentang perasaan seseorang individu yang mencurahkan sepenuh hidupnya ke atas perkara atau orang yang disayangi.

Dalam penulisan Sakura Band, ia lebih menjurus kepada dedikasi dan komitmen dalam muzik serta persahabatan mereka yang telah mencapai usia lapan tahun bersama.

Perasaan itu sentiasa ‘memonopoli’ atau menakluk diri mereka dan membuatkan Sakura Band terus berkarya dan menghasilkan muzik. Dalam erti kata lain, ia adalah sebahagian dari hidup Sakura Band sendiri.

Lagu ini turut menampilkan sebuah video muzik istimewa yang cuba menggambarkan perjalanan dan detik-detik indah kumpulan ini sepanjang lapan tahun bersahabat dan berkarya bersama. 

“Oleh kerana video muzik ini seolah-olah mengimbas kembali perjalanan kumpulan kami, terdapat beberapa babak yang boleh dianggap penuh emosi buat kami sendiri saat menonton dan merakamnya. Kami harap para peminat bukan sahaja dapat menerima dan menyukai lagu ini tetapi juga dapat merasai apa yang kami cuba sampaikan melalui lagu dan cerita dalam klip video ini,” 

– Mell

Monopoli edaran Universal Music Malaysia boleh dimainkan dan didengari di semua platform digital bermula 27 NOVEMBER 2020 dan video muziknya juga boleh ditonton bermula pada tarikh tersebut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Daripada Francais Filem Komedi, Kini KAMPUNG PISANG Hadir Dalam Bentuk Bersiri-Siri

Sakit Badan & Tak Bermaya, Alya Iman Disahkan Hidap Demam Denggi