in

Sakit Otot Selepas Travel Sembuh Dengan Tiger Balm

Sekarang dah sampai penghujung November. Tinggal sebulan lebih lagi nak tutup tirai diari 2011. Kalau imbas balik, sepanjang tahun 2011 ini, Budiey kerap sangat ke luar negara untuk travel dan melancong. Boleh dikatakan setiap bulan, pastinya Budiey akan jadi back-packers, jalan-jalan tengok negara orang. Best! Tapi sendiri mahu ingatlah, sangat meletihkan. Habis badan-badan lenguh!

Bulan lepas, Budiey diajak oleh pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari bersama kekasihnya, pelakon Scha Alyahya ke Korea untuk rakaman sebuah program TV berbentuk traveloque yang katanya akan disiarkan pada tahun depan. Banyak tempat yang kitorang singgah dalam masa beberapa hari. Boleh dikatakan semua daerah di Korea kami jelajah. Penat woooo!

Budiey Awal Ashaari

Dapat jalan-jalan di negara orang memang la best tapi yang tak bestnya bila balik, sampai Malaysia mesti Budiey mengalami sakit-sakit otot dan sengal-sengal badan. Apa taknya, memang lenguh kalau ke sana sini Budiey asyik pikul beg galas berisi kamera tu. Pasti rasa sakit belakang punya. Rasa sakitnya hanya Tuhan je yang tahu. Kadang-kadang rasa mencucuk sampai ke tulang. Lenguh habis seluruh badan.

Budiey Awal Ashaari

Sempat bergambar dengan Awal Ashaari & Scha Alyahya di Hwaseong, Suwon, Korea.

Jadi, nak tak nak kena cari ubat untuk hilangkan rasa sakit sendi dan otot. Maklumlah, bila usia makin senja ni, memang selalu sangat badan ni rasa lenguh. Selain pergi massage, kawan-kawan Budiey ada sarankan untuk menggunakan Tiger Balm yang berbentuk plaster tu. Sekurang-kurang dapat la tahan sikit sakitnya.

Bagi sesiapa yang tak tahu, produk Plaster Tiger Balm ni memang terkenal untuk melegakan kesakitan otot dan badan dalam jangka masa yang lama. Memang dari dulu sampai sekarang, nampaknya produk ni digunakan turun temurun, dari generasi ke generasi diyakini oleh semua pengguna. Kalau tak percaya, tanyalah kat orang tua-tua kita, pasti diorang tahu produk Tiger Balm ni yang kini berwajah baru.

Tiger Balm

Mengikut kata kawan Budiey tu, Tiger Balm Plaster dapat melegakan dan menghilangkan rasa sakit otot dan sakit sendi sebab dia diperbuat dengan menggunakan formula yang khusus lagi unik. Eloklah untuk orang yang kuat bekerja menggunakan tulang empat kurang dan tak kurang juga bagi orang yang kuat jalan macam Budiey ni.

Minggu lepas, balik je dari trip ke Korea, Budiey terus ke farmasi kat KLCC untuk mendapatkan produk Tiger Balm. Rasanya, semua farmasi mesti jual Tiger Balm ni sebab ia memang laris dan terkenal. Menurut jurujual farmasi tu, Tiger Balm ada 2 jenis iaitu WARM & COOL.

Jadi mana satu nak pilih ni, samada nak pakai yang warm atau yang cool? Okay, mengikut jurujual yang cantik manis tu lagi, untuk plaster yang warm ni, ia elok untuk digunakan bagi pesakit sendi yang kronik iaitu Arthritis dan Rheumatism. Ia juga sesuai untuk sakit leher dan sangat selesa dipakai. Rasa soothng (berangin) dan elok juga bahagian bahu. Jika korang kerap duduk di pejabat, dan rasa lenguh dan letih di bahu, boleh juga gunakan Tiger Balm yang warm ini.

Manakala untuk plaster yang cool, ianya sesuai untuk menghilangkan kelegaan ringan seperti pada otot-otot badan, terseliuh sendi dan juga sakit sendi bahagian belakang. Ianya senang dipakai, easy-on & easy-off. Yang penting, ia bertindak cepat untuk melegakan rasa sakit badan. Elok untuk ahli sukan yang buat latihan insentif tiap hari tu.

Dari penerangan ringkas itu, Budiey pun terus cakap yang Budiey nak try guna plaster Tiger Balm cool sebab sakit yang Budiey alami ni bukannya kronik sangat pun. Cuma nak kenalah jaga takut mudharatkan kesihatan pulak.

Dalam satu bungkusan Tiger Balm Plaster ada disediakan panduan dan informasi tentang produk dalam 2 bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Tiger Balm

Apa yang penting, plaster Tiger Balm ni diperbuat daripada non-woven material dan hydrogel. Ianya sangat lembut pada kulit dan jangan risau sebab plaster Tiger Balm ni senang nak tanggalkan dari kulit. Tanpa fikir panjang, Budiey beli 2 paket Tiger Balm plaster jenis Cool, satu saiz besar dan satu lagi bersaiz kecil. Satu nak tampak di bahagian belakang dan satu lagi nak tampal kat bahagian kaki dan lutut. Harga satu paket Tiger Balm saiz besar ialah RM6.80 dan saiz kecil berharga RM5.20 sahaja.

Tiger Balm

Sampai je kat rumah, Budiey terus buka paket plaster Tiger Balm. Dalam satu paket ada 2 plaster. Budiey gunakan plaster saiz besar untuk tampal kat bahagian belakang dan dua lagi plaster kecil untuk tampal kat bahagian lutut.

Yang eloknya, plaster Tiger Balm ni ada pelekat tambahan di mana ciri-ciri ini tidak ada pada plaster produk lain.

Tiger Balm plaster dan pelekat tambahan boleh dipanjangkan sedikit untuk dilekatkan pada bahagian lutut dan siku.Ini yang membuatkan produk ini senang digunakan.

Kalau tiada ciri pelekat tambahan yang boleh strechable ni, rasanya susah nak tampal di bahagian yang berlekuk seperti di bahagian siku, lutut dan buku lali.

Jangan lupa letakkan juga pelekat tambahan yang disediakan untuk menjadikan Tiger Balm tahan lebih lama dan lebih kemas dipakai.

Tiger Balm

Setelah Budiey melekatkan plaster Tiger Balm ini, Budiey dapat rasa kesan positif di mana rasa lenguh-lenguh pada bahagian belakang dah makin berkurangan. Rasa lenguh berkurangan dalam beberapa minit sahaja. Memang ia sangat menjimatkan dari massage.

Kepada pembaca yang mengalami rasa lenguh-lenguh tu, boleh dapatkan plaster Tiger Balm di semua farmasi berdekatan dengan anda.

Budiey Awal Ashaari

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dealmates Climbs to 1st place in Local Market

Karnival Sehari Bersama Jamal Abdillah