in ,

SajiMee Band Clash Layan Habiiis Suria FM

SAJIMEE BAND CLASH BERSAMA SURIA FM “LAYAN HABIIIS”

Suria FM kini kembali dengan sebuah pertandingan band khas buat pelajar kampus. Setelah setahun penganjurannya, tahun ini ia tampil dengan SajiMee Band Clash bersama Suria FM “Layan Habiiis”. Berbeza dengan tahun sebelumnya, untuk tahun ini dengan bangganya SajiMee akan menjadi penaja utama bagi acara pertandingan muzik ini.

Pertandingan ini mengetengahkan bakat-bakat muda dari kalangan pelajar IPT untuk menunjukkan bakat menyanyi dan bermain alat muzik.

SajiMee Band Clash Layan Habiiis Suria FM

Bakal berlangsung di 4 lokasi yang berbeza di serata semenanjung, Suria FM akan berada di AEON Bukit Raja Shopping Centre, Klang pada 20 Oktober 2012 untuk sesi ujibakat pertama.

Bagi sesi ujibakat kedua, destinasi kami yang seterusnya di Kuantan Parade, Pahang pada 3 November 2012 dan kami akan menjelajah ke Alor Star Mall pada 10 November 2012. Bagi lokasi terakhir, kami akan ke Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang pada 17 November 2012.

Setelah memilih band yang terbaik menerusi 4 lokasi tersebut, pertandingan akhir akan berlangsung pada 1 Disember 2012 di AEON Bukit Raja Shopping Centre, Klang bagi menobatkan siapakah juara SajiMee Band Clash bersama Suria FM “Layan Habiiis”.

Antara artis-artis jemputan yang akan memeriahkan sesi ujibakat ini ialah Klangit, The Vella dan ramai lagi.

Acara ini terbuka kepada semua penuntut-penuntut IPT berwarganera Malaysia yang mempunyai band tidak kira secara profesional mahupun amatur. Pertandingan ini akan diadili oleh juri profesional yang terdiri daripada mereka yang berada di dalam industri seni serta akan dihiburkan oleh artis-artis tanahair

Penyertaan boleh dibuat secara ‘walk in’ di lokasi yang dinyatakan bermula jam 10 pagi. Setiap ahli kumpulan perlu membawa kad pengenalan dan kad matrik pelajar apabila mendaftar. Hadiah lumayan berjumlah RM18,000 menanti band terbaik. Jadi buat semua pemuzik-pemuzik di dalam kampus seluruh Malaysia, mari sertai SajiMee Band Clash bersama Suria FM “Layan Habiiis” dan tonjolkan karya dan bakat anda! Untuk sebarang maklumat lanjut, borang penyertaan atau terma dan syarat, sila layari www.suriafm.com.my

SajiMee Band Clash Layan Habiiis Suria FM

SajiMee Band Clash Layan Habiiis Suria FM

SajiMee Band Clash Layan Habiiis Suria FM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Uniqlo Perkenal Ultra Stretch Jeans

Muzik Video PENGHUJUNG Nawi featuring Frequensi & Lady D