in , ,

“Ada Ke Mana-Mana Surah Al-Quran Kata Baju Kurung Hanya Boleh Dipakai Oleh Wanita?” – Sajat

Pihak JAIS sebelum ini mengesahkan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36 disiasat mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor berikutan terdapat beberapa aduan yang diterima mengenai perlakuannya pada 2018 dan 2020.

Menerusi Berita Harian, pihaknya juga mengambil maklum berhubung video yang ditularkan usahawan berkenaan berkaitan insiden membabitkan dirinya dan beberapa orang penguat kuasa JAIS beberapa minggu lepas. Laporan polis berkaitan insiden itu telah dibuat dan pegawai penguat kuasa berkenaan juga dipanggil untuk memberikan keterangan.

Saya Pakai Tutup Aurat – Sajat

“Ada Ke Mana-Mana Surah Al-Quran Kata Baju Kurung Hanya Boleh Dipakai Oleh Wanita?” – Sajat

Minggu lepas, usahawan kosmetik yang turut dikenali sebagai Nur Sajat itu ada memuat naik satu perkongsian di Instagram yang merujuk kepada insiden tersebut.

“Ada Ke Mana-Mana Surah Al-Quran Kata Baju Kurung Hanya Boleh Dipakai Oleh Wanita?” – Sajat

Dia dilihat masih tidak berpuas hati dengan kritikan yang diterima berhubung dengan isu memakai pakaian wanita.

Dalam perkongsian itu Sajat ada mempersoalkan jika mana-mana surah al- Quran mengatakan baju kurung ini milik wanita. Malah, dia juga menegaskan bahawa dirinya masih menutup aurat.

Saya pakai tutup aurat .. cer bagi tahu mana surah mengatakan yang baju kurung itu milik wanita?”

– Sajat

Tambahnya lagi, busana yang dikenakan ituu hanya sekadar fesyen.

Yang saya tahu wanita harus menutup aurat nya.. tak ada pun element tentang fashion dalam surah.”

– Sajat

Sajat juga menggesa pihak berwajib untuk ulaskan hal ini. Malah Sajat juga ada membuat sindiran berkenaan dengan isu semasa.

“Kalau saya salah saya minta maaf..sebab itu yang saya tahu dalam surah..selanjut nya boleh minta berwajib ulaskan..kecoh sgt bila bagi sedekah pakai baju kurung semua nampak salah!!! Korang tu pergi masukkan daging lembu tanpa tahu status halal atau haram mcm mana? Berzaman-zaman kami makan benda tak tahu status nya!”

– Sajat

Dalam pada itu Sajat juga turut mempertikaikan segelintir individu yang membuat perkara haram lebih teruk daripadanya.

Dalam perkongsian itu Sajat ada memuat nai beberapa video sedang berbaju kurung dan kebaya sedang membuat agihan bantuan.

Perkongsian ini juga difahamkan dimuat naik sehari sebelum dirinya di dakwa di Mahkamah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kejar-Mengejar Berterusan! Si Tom & Jerry Bawa Kenakalan & Kekacauan di Malaysia

Chubb-E & Amir Masdi, Berekperimen Gabung Muzik Hip Hop & Balada Rock dalam BIRU MALAM