in , ,

Sajat Sedih dengan Agama Islam Selepas Tertekan Diboikot

Akhir-akhir ini, nama pengusaha kosmetik terkenal tanah air iaitu Nur Sajat sering kali menjadi perhatian di seluruh media sosial. Hal ini adalah kerana isu kontroversi pemakaiannya yang kian menonjol menunjukkan bahagian badannya.

Sebagai seorang Islam sudah tentu menjadi isu apabila diwajibkan untuk menutup aurat tidak kira perempuan mahupun lelaki. Masing masing mempunyai tanggungjawab untuk menjaga aurat yang ditetapkan oleh agama.

Ilmuan Agama Ajak Rakyat Boikot

Rentetan aksi berani yang di kongsikan oleh Sajat di akaun Instagram milik peribadinya juga telah mendapat perhatian beberapa ahli agama. Ahli agama berpendapat dan mengajak orang ramai agar memboikot Sajat dan juga produk keluaraannya kerana beranggapan hal ini dapat merosakkan akhlak umat Islam.

Perkongsian berbikini dan juga berjoget dalam keadaan yang menunjukkan susuk tubuhnya itu seolah olah disengajakan dan kerap kali di kongsi seperti sedang berbangga dengan perbuatan itu. 

Malah, Kementerian dan Jabatan Agama juga bersetuju dengan ahli agama untuk memboikot Sajat disebabkan perbuatan diluar tabii yang dilakukannya.

Sajat Beri Gambaran Diri Tak Layak Dalam Agama Islam
Sajat Beri Gambaran Diri Tak Layak Dalam Agama Islam

Sedih Dengan Agama Islam

Terdahulu, Sajat dan isu kontroversi berkaitan dengan jantinanya juga belum bertemu jalan penyelesaian dan kini Sajat tampil bersedih dengan agama Islam pula. Menurutnya dia berasa ditindas dengan agama sendiri dan membuatkan dirinya bersedih.

Melalui entri Insta Story yang dibuat oleh Sajat, dia memberitahu umum yang dia bersedih dan berniat untuk keluar daripada agama sendiri kerana tidak tahan dengan kritikan yang dilemparkan oleh saudara seagamanya.

Nak Keluar Agama Islam Demi Puaskan Hati Semua Orang

“Kalaulah agama Islam benci orang sepertiku..dan aku tak layak berpegang dengan agama Islamku… dan mereka semua nak jatuhkan hukuman terhadapku..mungkin mereka lebih suka aku keluar demi mereka dapat bahala..sedih dan pilu untuk aku luahkan perkara ini…”

– Sajat
Sajat Beri Gambaran Diri Tak Layak Dalam Agama Islam
Sajat Beri Gambaran Diri Tak Layak Dalam Agama Islam

Dek kerana terlalu tertekan dengan kritikan yang diberikan oleh sebab daripada perbuatan sendiri Sajat seolah olah memberitahu bahawa dia ingin keluar daripada agama Islam demi untuk puaskan hati semua orang kerana berasa dirinya tidak layak untuk agama Islam.

Terlalu rumit untuk mengungkai kes dan kontroversi yang dilakukan oleh Sajat kerana dirinya sendiri sebagai media influencer membuka aib dan ruang untuk dikritik oleh masyarakat. Diharapkan ada jalan penyelesaian yang lebih baik tanpa perlu menyakitkan hati mana mana pihak.

Sumber: IG & Meecko

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amitabh Bachchan & Abhishek Bachchan Disahkan Positif Covid-19

Ini Alasan Aizat Amdan Suntik Melodi Lagu Popular dalam Lagu KU MAU