in ,

Saharul Ridzwan Terkejut Pendapatan Dua Kali Ganda Semasa Tempoh PKP

Pelakon Saharul Ridzwan mendedahkan pendapatan yang diperoleh pada tahun 2020 ketika dunia berhadapan dengan pandemik COVID-19 adalah dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Saharul, dia terkejut selepas melihat penyata pendapatan miliknya yang direkodkan tahun lalu ketika berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ketika PKP tahun lalu, saya meneruskan survival dengan duit simpanan dan duit iklan. Apabila saya menyemak penyata bank untuk tujuan  pembayaran cukai di Lembaga Hasil Dalam Negeri, saya terkejut.

“Pendapatan saya dua kali ganda pada 2020 ketika COVID-19 berbanding 2019. Sejujurnya, saya sendiri pun tak tahu mana rezeki itu datang. Alhamdulillah, pada tahun lepas juga saya selesaikan semua hutang dengan manusia.

“Saya bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Mungkin itu adalah rezeki daripada anak-anak saya agaknya,” katanya.

– Saharul Ridzwan
Saharul Ridzwan

Saharul ditemui pada majlis pelancaran pelancaran produk makanan, Palut’s Superhero di Puncak Alam, Selangor baru-baru ini.

Turut hadir ialah pelakon Zoey Rahman, pelawak Achey dan Ketua Pengawai Eksekutif Palut’s Food, Ridzuan Ansar.

Mula berjinak dengan dunia keusahawanan, Saharul mahu merencana masa hadapan bersama keluarga.

“Sekarang saya memang aktif berlakon, tetapi jika satu hari nanti, kalau ada apa-apa yang terjadi kepada saya, mesti pendapatan terjejas. Apa yang boleh jadi ‘back up’ untuk saya menyara keluarga?

“Saya sudah mula memikirkan apa yang terjadi 10 tahun akan datang. Semuanya demi anak. Jadi, saya mula menjinakkan diri dengan perniagaan dan menjalinkan kerjasama dengan beberapa jenama.

“Seperti produk Palut’s Food ini, saya yakin untuk menjalin kerjasama dengan mereka. Produk mereka naik sewaktu PKP dan menunjukkan impak positif.

“Saya mahu belajar lebih banyak selok belok dalam dunia keusahawanan untuk menjadi bekalan di masa akan datang, Insya-Allah,” katanya lagi.

– Saharul Ridzwan

*Sumber: Xtra

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Diva AA Mahu Hasilkan Filem LONTONG THE MOVIE, Skrip Sudah Siap Sejak 20 Tahun Lalu

Setelah Dua Tahun, Shuib Umum Meninggalkan Hot FM, Mahu Fokus Kepada Perniagaan