in ,

Safiey Illias Mengaku Buat Pembedahan Kerana Hobi, Bukan Sebab Nak Cantik

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai usahawan kosmetik Safiey Illias yang berkongsi rakaman video sedang menjalani pembedahan plastik di Instagram miliknya. Safiey dikatakan kerap menjalani suntikan di muka, dan mendapat kecaman dari netizen dengan mengatakan cukup seram melihat wajah Safiey yang nampak semakin peluk.

Bagaimanapun, Safiey yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Ratu’ menyatakan bahawa pembedahan yang dilakukannya itu bukan kerana mempunyai masalah atau inginkan kepuasan sebaliknya sekadar hobi.

Safiey Illias Mengaku Buat Pembedahan Kerana Hobi, Bukan Sebab Nak Cantik

“Ratu bedah bukan sebab ada masalah, stress, down, dan tak ada kena mengena dengan ketenangan ke ape ke. Nak cantik?? Ratu buat bukan untuk kecantikan dan bukan kecantikan kepuasan yang ratu cari.

“Memang hobi ratu suka shopping, suka cantikkan diri, suka bedah, suka beli barang pastu tak pakai ratu preloved Ratu buat untuk diri sendiri bukan sebab shuben suruh ke, sebab orang ke, atau sebab sapa-sapa je lah, tak ada kaitan.

“Ratu buat untuk diri ratu dan ratu happy sebab itu yang ratu suka buat,”

– Safiey Illias
Safiey Illias Mengaku Buat Pembedahan Kerana Hobi, Bukan Sebab Nak Cantik

Menjengah ke ruangan komen, pengakuan usahawan berusia 27 tahun itu membangkitkan pelbagai pandangan daripada warganet dimana rata-rata memberi teguran selain mengecam tindakan Safiey berkenaan.

Safiey Illias Mengaku Buat Pembedahan Kerana Hobi, Bukan Sebab Nak Cantik

Dalam pada itu, terdapat juga individu yang turut mendoakan agar Safiey kembali ke pangkal jalan dan berhenti melakukan pembedahan yang boleh memudaratkan tubuh badannya. 

Safiey Illias Mengaku Buat Pembedahan Kerana Hobi, Bukan Sebab Nak Cantik
Safiey Illias Mengaku Buat Pembedahan Kerana Hobi, Bukan Sebab Nak Cantik
Safiey Illias Mengaku Buat Pembedahan Kerana Hobi, Bukan Sebab Nak Cantik

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Perlekeh Proklamasi Darurat, Azwan Ali Dipanggil Bukit Aman Bagi Bantu Siasatan

Prof Muhaya Dikecam Netizen Gara-Gara Meminta Pesakit ‘Anxiety’ Henti Makan Ubat?