in , ,

S.O.G & Shila Amzah Rakam Lagu Raya Media Prima Berjudul SEIKHLAS HATI

Kemenangan kumpulan S.O.G dan Shila Amzah dalam menjuarai Anugerah Juara Lagu Ke-36 yang lalu benar-benar berjaya membuka mata pemain muzik tanah air.

Kejayaan mereka sekaligus meletakkan satu ‘benchmark’ kepada muzik indie yang semakin berkembang seiring dengan muzik-muzik ‘mainstream’ yang ada. Pengikut muzik indie ini juga tidak kurang ramainya dan boleh membantu menaikkan ekonomi muzik tanah air.

S.O.G & Shila Amzah Rakam Lagu Raya Media Prima Berjudul SEIKHLAS HATI

Oleh kerana kehangat kemenangan mereka masih lagi membara, Media Prima mengambil langkah dengan bekerjasama bersama S.O.G dan juga Shila Amzah dalam menerbitkan sebuah lagu baharu yang menjadi lagu tema untuk raya tahun ini bagi Media Prima.

Lagu ini dicipta oleh Raja Nazmin Shah manakala liriknya pula dicipta oleh Shila Amzah dan lagu ini dinyanyikan oleh S.O.G dan Shila Amzah sendiri.

Hadiah Kemenangan S.O.G X Shila Amzah ‘SEIKHLAS HATI’

Seiring dengan tema kempen Ramadan dan Raya Rangkaian Televisyen Media Prima iaitu #SeikhlasHati, lagu yang dicipta ini juga menggunakan tajuk yang sama iaitu ’Seikhlas Hati’.

Menerusi lirik lagu ini juga, ia mengajak kita untuk saling bermaafan dan di kesempatan untuk kita terus memberi dengan seikhlas hati. Pastinya masih lagi mengekalkan genre muzik S.O.G yang sama, lagu raya ini benar-benar memberi kelainan jika dibandingkan dengan lagu raya yang sedia ada.

S.O.G & Shila Amzah Rakam Lagu Raya Media Prima Berjudul SEIKHLAS HATI

“Kolaborasi S.O.G dan Shila Amzah untuk menjayakan kempen Seikhlas Hati menerusi judul lagu yang sama telah membuahkan hasil yang luar biasa dalam tempoh masa yang singkat.

Kami sangat berbesar hati untuk menerima lamaran ini tambahan pula pihak Media Prima memberikan kebebasan untuk berkarya lagu raya ini dan mengekalkan identiti muzik S.O.G dalam lagu ini.

Kami berharap agar lagu ini dapat diterima dengan lebih meluas kerana lirik lagu yang ‘catchy’ dan rentak lagu yang rancak pasti menjadi siulan orang ramai di musim perayaan nanti,”

– Raja Nazmin Shah, Penyanyi S.O.G dan komposer lagu Seikhlas Hati
S.O.G & Shila Amzah Rakam Lagu Raya Media Prima Berjudul SEIKHLAS HATI

Lagu ‘Seikhlas Hati’ nyanyian S.O.G dan Shila Amzah ini, edaran Alternate Records & Talents kini boleh didengari di Youtube bermula 18 April 2022, manakala muzik video mula ditayangkan di Youtube TV3Malaysia pada 20 April 2022, 9.00 malam. 

S.O.G & Shila Amzah Rakam Lagu Tema Raya Media Prima Berjudul SEIKHLAS HATI

Butiran lagu Seikhlas Hati

Artis: S.O.G X SHILA AMZAH

Tajuk: SEIKHLAS HATI

Komposer: RAJA NAZMIN SHAH

Lirik: SHILA AMZAH

S.O.G & Shila Amzah Rakam Lagu Raya Media Prima Berjudul SEIKHLAS HATI

LIRIK LAGU SEIKHLAS HATI

(Shila)

Sudah bertahun lamanya kita tak bersua

Wajah teman-teman ayah bonda dan keluarga

Meriahkan aidilfitri kita semula

(Shila & Nazrin)

Inilah masanya

Hari kemenangan kita

(Chorus) 

Selamat, selamat

Selamat berhari raya

Saling bermaafan, saling mendoakan sesama kita

Aidilfitri diraikan

Seikhlas hati

(Riko)

Jangan, jangan kita bermasam muka

Semua yang keruh kita jernihkan semula

Cerita yang lama

Jadikan iktibar sesama kita

(Shila & Nazrin)

Hari yang dinantikan telah tiba

(Wan)

Apa-apa pun Selamat Hari Raya

(Repeat Chorus)

(Flute solo)

Selamat, selamat

Selamat berhari raya

Saling bermaafan, saling mendoakan sesama kita

Selamat, selamat, selamat

Selamat berhari raya

Saling bermaafan, saling mendoakan sesama kita

Aidilfitri diraikan

Seikhlas hati

S.O.G & Shila Amzah Rakam Lagu Raya Media Prima Berjudul SEIKHLAS HATI
S.O.G & Shila Amzah Rakam Lagu Raya Media Prima Berjudul SEIKHLAS HATI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

An Intimate Island Escape Awaits You At The Danna Langkawi Beach Villas

Ini Sebab Vokalis Kumpulan Terkenal Ditahan Disyaki Pukul Bekas Isteri