in , ,

Rupanya Ini Sebab Kenapa Bantuan Ustaz Ebit Lew Terpaksa Dihentikan di Sabah

Setelah tular mengenai kisah sependuduk kawasan kampung Semporna yang memeluk agama Islam di bawah pimpinan Ebit Lew semalam, lain pula ceritanya pada hari ini apabila usaha bantuan mereka di kawasan pantai timur Sabah dihentikan oleh pihak berkuasa.

Seperti yang kita jangkakan, netizen dan dunia media sosial tempatan menjadi naik angin dan berang apabila mendapat tahu usaha murni Ustaz Ebit Lew terpaksa dihentikan. Tambahan pula dengan muat naik di akaun Facebook Ebit Lew yang meluahkan kesedihan setelah misi bantuan bagi pembinaan sekolah di sana terpaksa ditangguhkan.

Malah beliau juga berkata pihaknya boleh dihukum denda RM100,000 atau penjara tiga tahun jika meneruskannya.

Di sebalik tentangan yang hadir daripada warganet, ada alasan kukuh sebenarnya mengapa misi tersebut dihentikan buat sementara waktu.

Rupanya Ini Sebab Kenapa Bantuan Ustaz Ebit Lew Terpaksa Dihentikan di Sabah

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurkan program kebajikan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Pihaknya juga tidak pernah menghalang mana-mana badan sukarelawan termasuklah program Ebit Lew ini untuk dilangsungkan. Bagaimanapun, setiap tindakan untuk mengulurkan bantuan katanya perlulah merujuk kepada pihak berkuasa seperti Pejabat Daerah Polis di Semporna dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) demi soal keselamatan.

Ia bagi memastikan tiada sebarang kesulitan akan dihadapi oleh pihak Ebit Lew. Ini berikutan potensi mana-mana orang luar dari Sabah untuk diancam oleh pihak tidak bertanggungjawab di kawasan pulau dekat sana. Seperti yang korang tahu, pelbagai kes pernah berlaku membabitkan pengganas yang boleh mengancam kesejahteraan.

Lalu, arahan untuk mereka merujuk kepada pihak berkuasa itu adalah bagi mengenal pasti kawasan di sana selamat.

Betul lah tu guys, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

Kita sebagai orang luar harus faham mengapa pihak di sana gusar jika ada perkara tidak elok berlaku kepada kumpulan Ebit Lew.

Isu yang dihadapi oleh Ebit Lew pada hari ini tidak seharusnya mematahkan semangatnya untuk membina kelas Al-Quran dan KAFA di sana. Cuma dari pihak REMAJA, kami berharap sangat agar pihak berkuasa tempatan di sana terutamanya dari bahagian keagamaan dapat membantu urusan penduduk yang baru saja memeluk Islam agar mereka mendapat ilmu seadanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isa Samad Dihukum Penjara 54 Tahun, Denda RM15.45 Juta

“Sekarang Ni, Bila Kena Kecam… Saya Rasa Lebih Tenang,” – Neelofa