in , ,

Rumah Tangga Dilanda Badai, Puteri Sarah Luah Ciri-Ciri Curang di IG Story

Sebelum ini dakwaan kononnya pelakon Puteri Sarah Liyana hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak telah menimbulkan spekulasi tentang hubungan rumah tangganya dengan pengarah filem Syamsul Yusof sedang berantakan.

Hingga kini pelakon Puteri Sarah terus bermain teka-teki mengenai perihal rumah tangganya bersama pengarah Syamsul Yusof yang dikatakan dilanda badai. Walaupun tiada sebarang pengesahan, namun pengkongsian kata-kata hikmah di Instagram memberi bayangan hubungan mereka berdepan masalah.

Rumah Tangga Dilanda Badai, Puteri Sarah Luah Ciri-Ciri Curang di IG Story

Terbaharu Puteri Sarah, 35, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memuat naik dua petikan kata berkaitan curang dan tidak setia.

Rumah Tangga Dilanda Badai, Puteri Sarah Luah Ciri-Ciri Curang di IG Story

“Cu-rang adalah pilihan, bukan kesalahan.

Puteri Sarah dan Syamsul bersama dua anak-anak mereka.

Rumah Tangga Dilanda Badai, Puteri Sarah Luah Ciri-Ciri Curang di IG Story

“Cu-rang ini perlu kerja keras, kena padam semua mesej, sentiasa lock phone, kena fikir ayat untuk tipu.

“Terlalu susah untuk curang. Lebih baik setia,”

– petikan kata-kata seperti yang dikongsikan Puteri Sarah di Instastory.

Terdahulu menerusi posting berlainan di ruangan yang sama, Puteri Sarah menyatakan dia berharap agar kehidupannya bersama anak-anaknya bertambah baik.

“Tiga bulan menjelang tahun 2021, semoga masa depan yang lebih baik dan bahagia bagi saya dan anak-anak.

“Menuju ke arah kehidupan yang lebih baik… InsyaAllah,”

tulisnya sambil berkongsi lokasi kedudukannya di Ipoh, Perak.
Rumah Tangga Dilanda Badai, Puteri Sarah Luah Ciri-Ciri Curang di IG Story

Sebelum ini dunia hiburan kecoh apabila Puteri Sarah dilihat hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak ditemani seorang wanita yang dipercayai ibu mentuanya, Datin Fatimah Ismail.

Bagaimanapun, ditanya mengenai tujuan mereka mengunjungi pejabat agama tersebut, Puteri Sarah hanya memilih untuk tidak mengulas mengenainya.

Menerusi laporan mStar pada 21 September lalu, bapa kepada Syamsul Yusof iaitu Datuk Yusof Haslam berkata dia enggan mencampuri urusan anak dan menantunya itu.

Yusof memberitahu dia tidak berhak memberi sebarang komen memandangkan pasangan itu tidak lagi tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu.

Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, serta Summayah yang kini berusia setahun.

*Sumber: mStar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zuriat Adalah Hadiah Terindah, Meriahnya Sambutan Hari Lahir Fazura Ke-37

Gambar Kabel Jalinan (Braided) Penyambung USB-C untuk iPhone 12 Tertiris