in , ,

RTM Siar Filem ALIF DALAM 7 DIMENSI Lakonan Alif Satar di TV2

MENERUSI watak utama bernama Alif yang ada kuasa untuk tengok makhluk halus tetapi Alif bukanlah bomoh tetapi dia ada saka. Dan ceritanya berkaitan dengan kehidupannya dengan saka tersebut dan bagaimana dia berhadapan dengan jin-jin yang sentiasa mengganggunya.

Ikuti filem arahan Faisal Ishak bertajuk “Alif Dalam 7 Dimensi”  lakonan mantap Izzue Islam, Juliana Evans, Aliff Satar, Kaka Azraff, dan Hasnol Rahmat telah dipilih oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk disiarkan pada 6 September ini, pukul 2.00 petang menerusi TV2.

Mengisi slot tontonan Layar Asia, filem genre aksi seram mistik yang menggunakan sebanyak 30 peratus kesan khas visual (CGI) dalam menghidupkan lagi adegan pertarungan yang membabitkan imej-imej seperti entiti saka ini telah pun menemui penonton di pawagam sekitar tahun 2016.

poster Aliff Dalam 7 Dimensi

Perkongsian ceritanya mengisahkan tentang Aliff Lamin seorang pelajar universiti yang mewarisi saka peliharaan keluarganya. Aliff memiliki kelebihan luar biasa dalam melihat dan mendengar entiti paranormal dari demensi lain. 

Aliff cuba menyembunyikan kelebihannya itu dari pihak lain, namun kelebihan Aliff diketahui oleh rakan-rakannya. Mereka mula melakukan aktiviti paranormal pada waktu malam untuk mengkaji dan merakam bukti kewujudan entiti. 

Suatu hari, dia bertemu Zul yang mempunyai keupayaan yang sama sepertinya, tetapi tidak seperti Aliff, Zul menggunakan saka tersebut untuk mengalahkan makhluk-makhluk ghaib untuk mendapat lebih kuat. 

Aliff bimbang tindakan Zul menyebabkan semangat makhluk ghaib menjadi lebih agresif, lalu dia memutuskan untuk menghentikan perbuatan Zul itu. Malangnya Aliff kalah dan kehilangan sakanya. Tanpa saka, mampukah Aliff menghalang Zul yang semakin dahagakan kuasa?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siap Bagi 1 Bakul Surat Cinta, Mira Filzah Akui Wan Emir Sangat Romantik

Hukum Anak Mengikut Syariat Agama, Nora Ariffin Maafkan Semua Orang