in , ,

RTM Sediakan Tiga Program Terbaharu Yang Menarik Untuk Ditonton Semasa PKP

Telah pula mula bersiaran 19 Oktober lalu, setiap Isnin, pukul 10.30 pagi, dokumentari “Misteri Nadir”memaparkan pelbagai spesis buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan nadir yang hampir pupus di Malaysia. 

Dokumentari ini juga turut memaparkan kajian pembiakbakaan yang sedang giat dijalankan dan inisiatif mengusahakan tanaman ini secara komersial sebagai buah-buahan yang mempunyai nilai ekonomi dan nilai estetikanya yang tersendiri.Dokumentari 13 episod ini dihoskan oleh Nadhir Nordin.

Antara buah spesis nadir yang dijejaki buah tarap di Sabah, buah kasai atau Kristal di Sarawak dan di semenanjung menjejaki penanaman buah kacang kelor yang turut dikenali sebagai Meringgai, Mungai atau Moringa.

Program Masak Nyaman Nyaman bersiaran di Tamu Tuaran

Keunikan masakan-masakan dibawakan khas dari Borneo ditonjolkan dalam program “Masak Nyaman-Nyaman” yang disiarkan episod pengenalannya mulai 20 Oktober lalu, setiap Selasa, pukul 11.00 pagi.  Hos Chef Imelda bersama-sama berkongsi dapur dengan 13 selebriti jemputan berbeza setiap episod dalam kalangan artis.

Nantikan kemunculan Alif Satar, Syaiful Zero, Tajul, Rasorio, Megat Rahim, Lopy Wala, Ir Radzi, Tuah, Hezron, Aril Pilus, Wan Wala, Aepul Drama Band dan Farish.

hos Nadir Nordin
Hos Nadir Nordin

Menanti penonton seterusnya program majalah “Jelajah Muzium”, mulai 21 Oktober lalu, setiap Rabu, pukul 11.00 malam. 13 episod program ini pula memaparkan pendedahan muzium-muzium di Malaysia iaitu Negeri Sembilan, Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Muzium Perak, Muzium Sungai Lembing, Muzium Telegraf, Muzium Senibina Malaysia Bandar Hilir Melaka, dan Muzium Baba & Nyonya.

Menarik juga perkongsian tentang Muzium Bank Negara, Muzium Kesenian Islam, Muzium Orang Asli, Automobil Nasional, Muzium Perang dan Muzium Diraja. Program ini menampilkan pengacara Zarool Fahmi Khairuddin.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Instafamous Jadi Ibu Ayam, Sasar Golongan Artis Untuk Jadi Pemuas Nafsu Orang Kenamaan

Isu Video Panas, Pengurus Hun Haqeem Kenalpasti Penyebar, Tindakan Bakal Diambil