in ,

Memori 20 Tahun Filem Cinta Paling Agung DILWALE DULHANIA LE JAYENGE

RTM Kembalikan Memori 20 Tahun Filem Cinta Paling Agung, “Dilwale Dulhania Le Jayenge” di TV2. Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengembalikan memori 20 tahun filem cinta paling agung, “Dilwale Dulhania Le Jayenge” yang menggandingkan Datuk Shah Rukh Khan dan Kajol yang kemudian muncul sebagai antara pasangan paling romantik dalam sejarah Bollywood.

DILWALE DULHANIA LE JAYENGE

Filem “Dilwale Dulhania Le Jayenge” sememangnya tidak asing lagi kepada penggemar filem Bollywood. Merupakan filem Bollywood terlaris pada tahun 1995, ia sekaligus salah satu filem Bollywood terlaris sepanjang masa.

Mengisi slot Bollygood, popular di kalangan penonton TV2 pada 25 November ini, pukul 10.00 malam, filem lakonan Shahrukh Khan, Kajol, dan Amrish Puri ini berlatar belakang Eropah dan juga India.

Kisahnya bermula dengan watak Raj merupakan orang London kaya yang selalu membawa kereta Lamborghini ke kampusnya, Universiti Cambridge. Dia menjalani kehidupannya dengan santai dan tidak peduli dengan tanggungjawab. Berbeza dengan Simran, seorang gadis cantik yang mempunyai keinginan untuk jatuh cinta kepada pemuda kacak.

Raj mengembara di Eropa, begitu juga dengan Simran. Namun tidak seperti Raj, Simran harus memujuk orang tuanya untuk mengizinkannya pergi ke Eropa. Ketika inilah mereka secara tidak sengaja bertemu untuk pertama kalinya ketika menaiki kereta api di Victoria Railway Station, London.

Untitled

Simran tidak mempedulikan Raj yang sangat tertarik kepada gadis tersebut. Raj membuat Simran tertinggal kereta apinya di daerah pegunungan Swiss. Akibatnya mereka pun terpaksa bermalam di sana.

Gara-gara rancangan Raj, Simran panik dan bingung, dan Raj pun mengambil kesempatan untuk memikatnya. Akhirnya Simran jatuh cinta juga kepada Raj dan begitu juga sebaliknya.

Waktu si gadis pulang ke rumah, Simran berterus-terang mengatakan kepada ibunya bahawa dia jatuh cinta kepada seorang lelaki baik yang ia temui di perjalanan.

Sebaik sahaja mendengar kisah anaknya, ayah Simran mengamuk dan segera membawa keluarganya berpindah ke India. Ayah Simran telah mengatur pernikahan anaknya dengan pemuda lain bernama Kamaljeet di India.

Raj akhirnya mengetahui Simran pindah ke India, maka dia pun pergi ke India menyusul menjejak kekasihnya itu. Dia harus mendapatkan Simran daripada ayahnya, yang sudah pasti mencabar kesabarannya. Apatahlagi sebelum ini Raj pernah bertemu dengan ayah Simran dalam keadaan yang tidak menyenangkan di London.

Ayah Simran tidak tahu bahawa Raj adalah lelaki yang dicintai anaknya. Ketika si ayah menyedarinya, maka dia lebih marah lagi dan apatahlagi tunangan Simran, Kamaljeet dan kawan-kawannya pun menganiaya Raj sehingga luka parah. Ketika Raj yang sedang luka parah hendak pergi menaiki kereta api, Simran pun lari mendapatkan Raj. Apakah si ayah akan membiarkannya?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muzik Video Terbaru COLDPLAY A Head Full of Dream

Peminat Pantai Timur Banjiri Lokasi Jelajah Bas #DramaSangat