in ,

RTM Hos Penyiar Sukan SEA Ke-29

Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menjadi hos penyiar Sukan SEA ke-29, temasya dwi tahunan terbesar bagi rantau Asia Tenggara bakal berlangsung di Kuala Lumpur dari 19 hingga 31 Ogos 2017.

Penganjuran sukan SEA ini bakal menghimpunkan atlet-atlet terbaik dari 11 negara Asean. Ini merupakan kali kedua dalam era millennium Malaysia menjadi tuan rumah setelah kali terakhir menganjurkannya  pada 2001.

RTM menerusi saluran TV1 dan TV2 akan menyiarkan liputan sukan yang diadakan gilang gemilang ini. Peruntukan masa siaran di kedua-dua saluran TV1 dan TV2 iaitu 10 jam sehari yang keseluruhannya mencatatkan 152 jam. Ia termasuklah menyiarkan Siaran Langsung Pembukaan Rasmi, Sesi Pagi; pukul 09.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, Sesi Petang; 2.00 hingga 5.00 petang, Versi B. Inggeris; 5.30 petang hingga – 7.30 malam dan Sesi Malam; pukul 10.30 malam hingga  12.30 tengah malam. 

Bersiaran secara langsung dari Pusat Operasi Penyiaran Mitec Hall, edisi ke-29 ini bakal mempertandingkan 38 sukan (405 acara).

Sementara itu radio Nasional FM dilantik sebagai Rasmi Rasmi yang mana akan menyampaikan liputan menyeluruh sepanjang Sukan Sea berlangsung. KL FM, Traxx FM, Minnal FM, Ai FM dan Asyik FM akan turut serta dalam menyampaikan maklumat dan perkembangan terkini pencapaian atlet negara.

Menggunakan tagline #BangkitBersama, barisan enam pengulas sukan SEA dipilih iaitu Azlan Mubin, Izwan Mohd Nor, Rasdi Jumaat, Wan Nazrul Aisham, Nazrie Fahmi Shukri dan Jeed Zulkifli. 

Majlis pelancaran RTM hos penyiar Sukan SEA ke-29 telah disempurnakan oleh YB Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak pada 11 April lalu bertempat di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Persenda Watson Nyambek SUKAN TAK SENTRAL Mohon Maaf 

Pengambaran Filem CRAZY RICH ASIANS Bermula