in ,

Rossa Kini Bergelar Datuk Seri

Tahniah buat penyanyi Rossa yang kini membawa title Datuk Seri.

Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Rossa kini bergelar ‘Datuk Seri’ setelah dikurniakan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) dalam Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.

Rossa

Rossa atau nama sebenarnya Sri Rosa Roslaina Handiyani yang merupakan antara 18 penerima darjah kebesaran itu melahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih terhadap Sultan Pahang di atas pengurniaan berkenaan.

“Saya amat bersyukur kerana tahun ini memberi banyak kebahagiaan kepada saya. Selepas mendapat Anugerah Khas Planet Muzik (APM2018) yang berlangsung di Singapura pada 28 September lalu, saya dapat pula anugerah (gelaran Datuk Seri) ini.

“Ini hadiah ulang tahun kelahiran saya pada 9 Oktober lalu dan sesungguhnya tahun ini membawa tuah kepada saya atas pencapaian terutamanya dalam bidang seni,” – Rossa

Pelantun lagu Pudar itu sebelum ini pernah menerima gelaran ‘Datuk’ daripada Sultan Ahmad Shah lima tahun lepas. – Bernama

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Diramal Menang di AJL33, Dayang Nurfaizah Mendominasi SFMM33

Apa Jadi Bila Sel Kanser Merebak Ke Tulang Belakang Elyana