in

PROFILE ROSLI ABU BAKAR

ROSLI ABU BAKAR
Penolong Pengarah Muzik
Menceburkan diri dalam bidang seni seawal usia 10 tahun. Aktif melibatkan diri dalam aktiviti seni di sekolah rendah dan menengah. Antaranya, nyanyian, muzik, teater, tarian, debat, puisi dan lakonan. Beliau pernah beberapa kali memenangi pertandingan peringkat daerah dan negeri.

Rosli memulakan kerjaya sebagai pemuzik dan penyanyi sepenuh masa ketika berusia 19 tahun. Sebelum bersama Istamuzika, Istana Budaya pada 2005 sebagai Ahli Muzik, beliau pernah bersama Kombo Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah pada 1995 – 2005.

Pernah memegang peranan sebagai pemimpin/ketua dalam beberapa kumpulan muzik tempatan dan pemuzik luar yang mengadakan persembahan di sekitar tanah air. Rosli turut berpengalaman sebagai Music Arrangger/Programmer bebas. Tidak hairanlah beliau banyak mencipta/menggubah lagu-lagu tema, korporat dan patriotik untuk jabatan kerajaan dan swasta.

Rosli berpengalaman luas dalam komposisi, gubahan, pemuzik serta pengarahan muzik dalam beberapa persembahan seperti tarian tradisional/moden, teater, bangsawan.

Sering juga mengiringi persembahan artis-artis popular tempatan dan luar negera dalam siri konsert dan rancangan TV terbitan RTM, TV3, Radio Klasik Nasional, NTV7, Radio ERA, persembahan konsert DiRaja dan banyak lagi.

Antara pencapaian Rosli dalam pertandingan muzik di peringkat dunia, beliau bersama kumpulannya, Istamuzika mewakili Malaysia ke Los Angeles, Amerika Syarikat untuk penyertaan World Championships of Performing Arts (2008) dengan kemenangan 3 pingat emas, 2 perak serta 3 anugerah Champion of the World.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jawapan Trivia: Ainul Aishah Bercinta Dengan Pemain Bass?

Biografi Dato’ M.NASIR