in , ,

Romantisnya! Mira Filzah Kongsi Foto Berbulan Madu di Pulau Langkawi

Hari ini, Mira Filzah telah kongsikan beberapa foto dia dan suami sedang ‘honeymoon’ di Langkawi. Pasangan ini memilih Four Season Resort dan Paradise 101s sebagai destinasi bulan madu mereka. Mereka juga dilihat mencuba aktiviti laut seperti memberi makan burung helai serta snorkling. Rata-rata warganet teruja melihat pasangan ini dan tak sabar menantikan Mira dan Emir Junior.

Pada 3 September lalu, pelakon Mira Filzah selamat diijabkabul dengan pasangannya, Wan Emir Astar. Walaupun sudah seminggu berumah tangga, rata-ratanya masih menanti perkembangan pasangan kesayangan ramai ini.

MIRA FILZAH BERBULAN MADU

Tanda tanya mengenai ‘kehilangan’ Mira Filzah untuk beberapa hari di Instagram tanpa sebarang posting akhirnya terjawab apabila pelakon itu berkongsi gambar dirinya ketika berbulan madu di Langkawi.

Menerusi satu entri terkini di Instagram, Mira memberitahu bahawa dia sebenarnya sudah berada di pulau peranginan tersebut sejak Isnin lalu.

MIRA FILZAH BERBULAN MADU

“Alhamdulillah selamat sampai Isnin lepas! Leganya dapat escape sekejap selepas berbulan-bulan siapkan persediaan perkahwinan dan tiga hari majlis,”

– Mira Filzah

Dalam entri tersebut, Mira turut berkongsi gambar sekitar lokasi tempat penginapan dirinya bersama suami di sebuah resort mewah.

Jom kita tengok momen-momen yang dikongsikan Mira ketika berbulan madu.

MIRA FILZAH BERBULAN MADU

Di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis turut teruja melihat pasangan tersebut menikmati bulan madu.

“Agitu..Wan Emir doa makan jangan lupa tau,” usik penyampai radio Radin.

“Alolo sweetnya pengantin baru ni. Bestnya berbulan madu, nak juga,” komen pelakon Zarina Zainuddin.

MIRA FILZAH BERBULAN MADU

Begitupun, menurut Mira, kesemua foto yang dikongsikannya itu merupakan gambar throwback sahaja.

Sementara itu, pengurusnya, Farha ketika dihubungi Gempak memberitahu Mira masih dalam tempoh berehat daripada sebarang aktiviti seni.

“Dia masih bercuti dan akan kembali bekerja minggu depan,” katanya ringkas.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar, 30, pada 3 September lalu.

MIRA FILZAH BERBULAN MADU
MIRA FILZAH BERBULAN MADU
MIRA FILZAH BERBULAN MADU
MIRA FILZAH BERBULAN MADU

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Arwah Menitiskan Air Mata Sebelum Disahkan Meninggal,” – Zizi Kirana

Anuar Zain Kongsi Pengalaman Pelik Bergelar Artis di BEGITU BEGINI DJ NAZZ