in ,

ROLLING LOVE LAKONAN JIRO WANG, TANG YU ZHE, GENIE ZHUO

ROLLING LOVE
TX: 29 Ogos 2008 – 25 September 2008
(Isnin – Jumaat)
MASA: 7.00pm – 8.00pm
BAHASA: Mandarin
JUMLAH EPISOD : 20 x 60minit

PELAKON: Jiro Wang, Tang Yu Zhe, Genie Zhuo

Hujung Ogos ini, pastinya para penonton teruja terutamanya penggemar drama Taiwan kerana buat julung-julung kalinya di Malaysia, 8TV membawakan kepada anda drama siri terbaik Taiwan!  Drama Rolling Love yang dibintangi oleh artis-artis terkenal Taiwan akan muncul di kaca televisyen anda buat kali pertamanya pada 29 Ogos 2008 pada jam 7.00petang.

Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi di 8TV, Cik Lam Swee Kim berkata, “Slot ini dibawakan istimewa buat para peminat drama siri Taiwan. Rolling Love  tentunya menambah lagi keseronokan para penonton kami!”

Ujar Kim lagi, “Buat permulaan, kami telah memutuskan untuk menayang drama siri hit Rolling Love yang memaparkan artis-artis terkenal lagi glamour seperti Jiro Wang, Tang Yu Zhe dan Genie Zhuo. Rolling Stone mengisarkan mengenai 3 jiwa yang mencari cinta tetapi akhirnya terperangkap dalam cinta tiga segi”

Rolling Love adalah drama siri romantik komedi yang menceritakan mengenai pencarian cinta Lang Lie (Tang Yu Zhe) yang dikenali sebagai Le Cordon Bleu chef yang berpengalaman dan sangat terkenal kerana masakaannya yang hampir sempurna.

Lang Lie yang lahirnya dalam keluarga yang kaya raya bukan sahaja diminati oleh pakar-pakar masakan terkenal dari seluruh dunia malah dipuja oleh wanita-wanita yang mengagumi kepakaran memasaknya. Dilihat sebagai memiliki segala-galanya termasuklah kemasyuran, Lang Lie bagaimanapun seorang lelaki yang tidak bahagia.

Seluruh kehidupannya, Leng Lie sangat menyintai Guan Xiao Shu (Genie Zhuo) seorang penyanyi dan penulis lirik, yang telah membesar bersamanya  selama ini. Mendapat kekuatan, Leng Lie akhirnya memutuskan untuk meluahkan perasaan cintanya kepada Xiao Shu pada hari Valentine.

Nasib tidak menyebelahinya kerana pada malam yang sama, semasa perjalanan bertemu dengan gadis pujaan, Xiao Shu terlibat di dalam kemalangan yang menyebabkan dirinya kehilangan penglihatan. Leng Lie yang berasa bersalah, telah memutuskan untuk mengabdikan dirinya untuk menjaga Xiao Shu, malangnya Xiao Shu telah menolak kerana tidak mahu Leng Lie berasa kasihan terhadapnya.

Manakala Jiro Wang yang melakonkan watak Michelin adalah seorang chef yang kelam kabut dan memiliki restoran “Nasi Goreng Telur” yang hanya menumpukan sepenuhnya terhadap pelbagai masakan nasi goreng dan telur sahaja. Walau masih baru dalam bidang ini, Michelin yang memperoleh kepakaran memasak ini daripada ayahnya, dia berjaya dan mampu mencipta namanya sendiri.

Pertama kali Xiao Hui merasa masakan Michelin, Xiao Shu yang merasa sangat gembira dengan masakan Michelin, bagaimanapun telah menukar cara kehidupan yang lebih berdikari setelah mengenali Michelin yang sangat jujur dan berterus terang.

Michelin pula yang telah jatuh hati terhadap Xiao Shu, telah mencuba pelbagai resipi untuk mempelbagaikan rasa di dalam masakannya. Leng Lie yang menghadapi kesukaran untuk bersama dengan Xiao Shu  telah meghidu bibit-bibit percintaan di antara Xiao Shu dan Michelin.

Adakah Leng Lie akan meneruskan bantuannya terhadap Xiao Shu dan pada masa yang sama jatuh hati terhdapnya? Adakah dia akan meluahkan perasaannya terhadap Xiao Shu? Adakah Michelin meluahkan perasaannya juga? Siapakah jejaka yang akan dipilih oleh Xiao Shu?

Untuk mengetahui bagaimana berakhirnya kisah cinta tiga segi ini, jangan lupa untuk menonton Rolling Love bermula 29 Ogos ini, pada jam 7.00petang hanya di 8TV yang juga boleh ditonton di saluran alternatif 708 di Astro.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Julia Ziegler di Sidang Media Drama Ampang Medikal

Drama Ampang Medikal Lakonan Rusdiana Rusdi, Fadzlie Rahim