in , ,

Rindu Bertemu Tuhan Lakonan Ana Dahlia

“Rindu Bertemu Tuhan” Dalam Slot Panggung Seri di TV1

Hayati kisah Azlan yang menemui titik perubahan hidup setelah didiagnos kanser dan dia bakal menemui ajalnya dalam telemovie “Rindu Bertemu Tuhan” bersiaran pada 14 April ini, pukul 9.00 malam.

Naskah hebat arahan Ahmad Hashim ini menampilkan Ana Dahlia, Zizan Nin, Ramona Zamzam, Kismah Johar, Lia Natalia dan Idris Mat Diah. Mengetengahkan watak Azlan, seorang CEO sebuah syarikat berjaya, asalnya seorang bayi yang diserahkan kepada rumah anak yatim tanpa mengenali siapa ibu bapanya.

poster Rindu Bertemu Tuhan

Azlan mengalami kemurungan setelah mendapat tahu dirinya menghidap kanser. Bagi Azlan, hidup ini sudah tidak bermakna lagi walaupun berjaya mencapai matlamat yang diburunya. Hafizah, jururawat yang menjaganya di hospital mengajak Azlan pulang ke kampungnya untuk mengembalikan semangatnya.

Di kampung, Azlan baru merasai hidup berkeluarga dengan mempunyai ayah Hafizah sebagai ayah angkatnya. Azlan mula berubah pendirian dan pandangan apabila dia mengenali Sakinah, kakak Hafizah yang tabah melalui jalan hidup dalam kegelapan yang asalnya tidak buta tetapi berjaya menjadi seorang penulis.

Ketabahan dan keceriaan Sakinah membuat Azlan sedar dan sedia mengambil Sakinah sebagai isterinya dengan mengetepikan Camelia, bekas kekasihnya yang sentiasa mahu pulang ke pangkuannya.

Sakinah mengandung, namun kegembiraan mereka hanya singgah sekejap. Tuhan lebih menyayanginya. Sakinah meninggal dunia selepas melahirkan anak sulung mereka. Camelia merelakan Azlan pergi bersama keluarga Sakinah dengan mengambil Hafizah sebagai pengganti tempat Sakinah dan menjadi ibu kepada anak mereka. Satu pemergian diganti dengan satu kelahiran.

Zizan Nin dan Ana Dahlia dalam Rindu Bertemu Tuhan

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pantas-Pacuan Tanpa Sempadan

DATING 101: How To Win Romance At The First Glance