in , ,

Rendy Faliq Berkolaborasi Dengan Ippo Hafiz Hasilkan Lagu BERBAGI CINTA

Selain Soo Wincci, nampaknya semakin ramai selebriti di Malaysia yang begitu kelihatan bersemangat untuk bersama-sama menyertai umat Islam lain menjalani ibadah berpuasa. Kalau sebelum ini, kita dengar Alvin Chong turut berpuasa, kali ini nampaknya penyanyi Rendy Faliq nampaknya tidak mahu ketinggalan untuk turut serta berpuasa. Wah! Bagus betul!

Menurut penyanyi lagu KATA HATIKU itu, dia turut mengamalkan bangun untuk bersahur setiap hari dan rasa sangat teruja untuk menunggu waktu berbuka. 

“Walaupun saya bukan beragama Islam, tapi setiap kali datang bulan puasa, saya akan berpuasa dan ini sudah jadi kebiasaan. Kadang-kadang Rendy akan berbuka bersama kawan-kawan samada jauh dan dekat untuk mengeratkan hubungan setelah sekian lama tidak bertemu,” 

“Rendy sudah biasa dengan adat orang melayu dan tidak ada masalah sebenarnya untuk berpuasa kerana berpuasa juga terbukti sangat bagus untuk kesihatan badan kita,”

“Setiap hari, Rendy akan bangun jam 4 pagi untuk bersahur sepanjang bulan Ramadan, tapi ada kalanya terbabas dan saya cuma minum air kosong sahaja,”

– Rendy Faliq
RENDY FALIQ

Penyanyi Rendy Faliq Ikut Berpuasa Walaupun Tidak Beragama Islam

Boleh dikatakan dari sisi kehidupannya, Rendy Faliq sememangnya berjiwa Melayu kerana menjalani kehidupan seperti rakan artis berbangsa Melayu. Selain begitu fasih berbahasa Melayu, Rendy juga mempunyai ramai kawan Melayu. 

Jadi, tidak hairan apabila Rendy juga sama seperti orang lain, Rendy sangat teruja untuk buat persiapan Raya seperti membeli baju Raya dan kuih Raya. Seminggu menjelang hari raya, Rendy turut meluangkan masa untuk membeli belah di Jalan TAR. 

“Cabaran dalam bulan puasa, sudah tentu kita kena menahan dahaga dan lapar, tapi paling utama adalah ketahanan iman kita. Kena banyak sabar dalam apa jua situasi,”

– Rendy Faliq
RENDY FALIQ

Sebelum ini, Rendy Faliq pelantun lagu BERPULANG duet bersama Arja Lee ini pernah terpalit dengan kontroversi apabila dikatakan beliau kurang sensitif dengan agama Islam kerana menggunakan nama pentas iaitu Rendy Faliq.

“Sebenarnya, setakat ini, Rendy belum lagi pergi shopping Raya sebab kekangan masa. Tapi selalunya setiap tahun akan shopping di saat akhir minit kerana kita akan dapat harga lagi murah.

Walaupun jalan sesak dan orang sangat ramai, tapi itulah vibe raya yang kita perlu rasa apabila menjelang raya. Persiapan Raya tahun ni mungkin hanya beli sepasang baju raya sebab baju tahun lepas banyak lagi sebenarnya tak pakai pun,”

– Rendy Faliq
RENDY FALIQ IPPO HAFIZ

Rendy Faliq Bakal Berkolaborasi Bersama Ippo Hafiz

Setelah dua tahun tidak ada lagu disebabkan pandemik Covid-19, Rendy sudah bersedia untuk mengeluarkan single terbaru selepas Raya nanti. 

Menurut Rendy Faliq, beliau akan berkolaborasi bersama komposer yang terkenal dengan lagu OST drama iaitu Ippo Hafiz untuk sebuah lagu berjudul BERBAGI CINTA. 

“Ini boleh dikira sebuah projek mega yang saya impikan selama ini kerana menggabungkan kerjasama dengan komposer terkenal Ippo Hafiz dan lagu ini juga akan menjadi OST dalam sebuah drama yang akan disiarkan nanti di kaca TV,”

– Rendy Faliq

Untuk info, lagu BERBAGI CINTA adalah hasil tulisan Rendy dan Ippo Hafiz manakala susunan muzik pula dibuat oleh Ippo Hafiz.

Menurut Rendy lagi, lagu BERBAGI CINTA mempunyai maksud tersendiri di mana kita semua yang hidup di alam ini perlulah berkongsi cinta, kasih sayang untuk mewujudkan hubungan sesama manusia yang cukup harmoni. Lagu ini cukup universal di mana pendengar boleh mengaitkan hubungan mereka suami dan isteri, adik beradik dan kawan-kawan atau sesiapa sahaja. 

Mungkin ada yang mengaitkan lagu ini dengan hubungan poligami, namun secara berseleroh, Rendy menafikan lagu ini untuk orang yang ada ramai isteri. 

“Buat masa ini, lagu dah siap, cuma masih menunggu untuk sesi pengambaran video muzik dan saya jangkakan lagu ini akan keluar selepas raya,” 

“Saya harap lagu ini akan memberikan impak besar dalam karier saya sebab saya akur orang semakin lupa dengan siapa Rendy Faliq selepas pendemik ini,”

– Rendy Faliq

Selain itu, Rendy sekarang ini sedang mencari pengurus untuk menguruskan karier seninya. 

RENDY FALIQ

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lima Cara Mudah Jalani Gaya Hidup Yang Lebih Mesra Alam Dengan Google

Meriahnya! Sekitar Pelancaran Absolut Bazaar X Gaya Raya 2022 Di MITEC