in

Rekod Pertumbuhan Maxis Quarter 3 2012

MAXIS MEREKODKAN PERTUMBUHAN TAHUNAN 1.9% DENGAN HASIL SEMBILAN BULAN SEBANYAK RM6,661 JUTA DENGAN MARGIN EBITDA TERUNGGUL DALAM INDUSTRI SEBANYAK 49.5%
Pertumbuhan dalam semua segmen teras

• Mengekalkan Margin EBITDA yang terunggul dalam industri sebanyak 49.5% walaupun melalui persaingan kuat dan inisiatif pasaran yang agresif
• 13.9 juta jumlah langganan, dengan langganan asas penjana hasil sebanyak 12.8 juta
• Hasil bukan suara menyumbang 45.4% kepada hasil mudah alih
• Mengisytiharkan dividen interim ketiga sebanyak lapan sen sesaham berjumlah RM600 juta

[dropcap]M[/dropcap]axis Berhad (Maxis), peneraju penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, mengumumkan keputusan kewangan bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2012. Syarikat mencatatkan pertumbuhan keseluruhan dalam semua segmen perniagaan terasnya dalam tempoh yang ditinjau.

Mengulas mengenai keputusan kewangan, Sandip Das, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis berkata, “Kami gembira bahawa suku ini Syarikat telah menunjukkan pertumbuhan dalam semua perniagaan teras kami dan dalam kedudukan yang baik untuk mengukuhkan aliran pendapatan masa depan, setelah melancarkan beberapa inisiatif tarif untuk pelanggan kami, sepanjang sembilan bulan yang lalu, dalam bidang kadar IDD, perayauan, Internet mudah alih, pascabayar dan prabayar.

Semuanya sudah mula membuahkan hasil. Kami juga gembira melihat melihat pelanggan yang menjanakan hasil semakin meningkat dalam kedua-dua kategori pascabayar dan prabayar.

Sandip Das Maxis

Maxis terus menerajui inovasi dalam industri dengan sentiasa memperkenalkan produk data yang global dan kontemporari dan meningkatkan pengalaman keseluruhan data pengguna melalui rangkaiannya, lantas menyebabkan hasil bukan suara yang kukuh yang kini berdiri pada 45.4% daripada pendapatan mudah alih. Sebilangan besar pelanggan kami menggunakan telefon pintar yang kami terus membenih di pasaran dan mengakses internet secara aktif, dan hasilnya, hampir 63% hasil bukan suara kami dijana dari penggunaan bersih.

Di samping itu, nilai-nilai yang lebih baik yang ditawarkan menerusi pakej suara tradisional merangsang penggunaan yang membawa kepada pertumbuhan dalam hasil suara. Hasil suku ini juga telah mengalir masuk dari kerjasama borong kami dengan U Mobile.”

“Berpegang teguh kepada komitmen berterusan kami untuk dividen, kami telah mengisytiharkan dividen interim ketiga sebanyak lapan sen sesaham berjumlah RM600 juta kepada para pemegang saham kami suku ini, dan berjaya mengekalkan rekod prestasi kami dalam pembayaran dividen yang konsisten dengan suku-suku sebelumnya,” tambah Sandip .

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2012, Maxis mencatatkan pertumbuhan 1.9% dalam hasil kepada RM6,661 juta dari RM6,535 juta pada tahun lalu bersandarkan hasil yang lebih tinggi daripada semua segmen perniagaan. Perolehan Sebelum Faedah, Cukai, Susutnilai dan Pelunasan (Earnings Before Interest, Tax, Depreciation and Amortisation – EBITDA) berjumlah RM3,294 juta dengan Margin EBITDA terunggul dalam industri sebanyak 49.5%, walaupun terdapat persaingan kuat dan inisiatif pasaran yang agresif.

[pullquote align=”right”]Maxis mencatatkan Keuntungan Selepas Cukai (Profit After Tax – PAT) sebanyak RM1,482 juta, 9.1% lebih rendah berbanding RM1,630 juta setahun lalu.[/pullquote]

Dalam suku yang ditinjau, Maxis mencatatkan hasil sebanyak RM2,216 juta, manakala EBITDA berjumlah RM1,055 juta dan Margin EBITDA adalah sebanyak 47.6%. Maxis mencatatkan PAT sebanyak RM443 juta, 4.9% lebih rendah berbanding dengan RM466 juta pada suku kedua 2012.

Prestasi PAT untuk kedua-dua sembilan bulan pertama dan suku ketiga 2012 telah terjejas diakibatkan oleh susut nilai yang dipercepatkan untuk pemodenan rangkaian. Selain itu, PAT bagi sembilan bulan berakhir 30 September juga telah dipengaruhi oleh aset hapuskira berjumlah RM125 juta.

Maxis terus menerajui pasaran dengan jumlah langganan sebanyak 13.9 juta, termasuk asas langganan menjana hasil sebanyak12.8 juta pada akhir September 2012. Bagi suku yang ditinjau, asas pascabayar Langganan Penjana Hasil (Revenue Generating Subscribers – RGS) Maxis meningkat sebanyak 27,000, manakala RGS prabayar merekodkan penambahan bersih sebanyak 51,000.

Maxis telah melancarkan langkah pasaran yang berimpak besar bertujuan meningkatkan pertumbuhan hasil dan pengalaman pelanggan. Langkah-langkah ini termasuk pelarasan tarif yang ketara, tawaran lebih nilai untuk wang, inisiatif kesetiaan dan pengekalan, dan pengenalan tawaran serantau baru. Langkah pasaran yang dilaksanakan sejak sembilan bulan lepas terus menambah tarikan dan membawa hasil yang positif. Inisiatif-inisiatif berikut telah diambil bagi suku tahun yang ditinjau:

• Inisiatif untuk pelanggan pascabayar pada suku ketiga termasuk tawaran berkas yang menarik untuk ahli Maxis One Club dan kempen berterusan ‘Roam and Relax’ untuk memberi pelanggan ketenangan fikiran apabila merantau. Di samping itu, kami melancarkan pelan tarif kompetitif baru iaitu TalkMore yang menawarkan minit dan SMS yang digabungkan, dan keupayaan pencetusan bil automatik yang mengurangkan kadar panggilan sebanyak 50%

• Pelanggan prabayar di Pantai Timur kini boleh menikmati pelan Hotlink serantau yang khusus berikutan pelancaran tawaran khusus untuk Sabah dan Sarawak pada suku kedua 2012. Hotlink edisi kampus telah diperkenalkan dan prabayar jalur lebar wayarles telah dilancarkan semula di bawah jenama Hotlink di samping meningkatkan kemampuan dan ketersediaan. Inisiatif lain bagi pelanggan prabayar termasuk kempen tambah nilai untuk mendorong pengguna untuk bercakap dan SMS dengan lebih lagi, Supersaver tengah malam di mana pelanggan boleh membeli berkas suara serendah RM1 selama 30 minit selepas tengah malam dan SuperSunday di mana pelanggan membuat panggilan selama 1 jam untuk hanya RM1 dengan mendail nombor awalan 131

• Internet wayarles kediaman [Jalur lebar wayarles tetap (Fixed Wireless Broadband – FWBB)] merekodkan penambahan yang kukuh sebanyak 39,000 langganan pada akhir suku ketiga 2012, iaitu satu peningkatan sebanyak 50% daripada suku sebelumnya. Langganan jalur lebar wayarles Maxis (Wireless Broadband – WBB) kini juga termasuk langganan FWBB pascabayar. Keseluruhan langganan WBB berjumlah 631,000 pada akhir suku ketiga 2012.

• Internet Fiber Kediaman terus mencatatkan momentum yang kukuh hasil daripada pakej 10Mbps yang ditawarkan pada harga yang menarik. Bilangan rumah yang disambungkan telah meningkat dua kali ganda suku-pada-suku dan mencapai 19.4k pada suku ketiga 2012.

• Dalam segmen Kerajaan, Perusahaan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (Small Medium Enterprises – SME), Maxis terus menjadi agresif dalam bidang SME melalui aktiviti jualan dan pemasaran berikutan pelancaran pelbagai penyelesaian bersepadu bagi pasaran ini dalam dua suku sebelumnya.

Mengekalkan kelebihan rangkaian dan meneruskan pemodenan dan penaiktarafan rangkaiannya, Maxis melabur hampir RM400 juta dalam tempoh sembilan bulan pertama 2012. Syarikat menjangka untuk meningkatkan perbelanjaan capexnya untuk menyokong inisiatif IT yang baru dan pelaburan berterusan rangkaian dalam suku ke-empat 2012. Walau bagaimanapun, capex keseluruhan 2012 dijangka berada di bawah bimbingan.

Pada masa ini, Maxis sudah mempunyai jejak rangkaian yang paling maju dan luas di negara ini dengan liputan penduduk sebanyak 95% untuk 2G dan 81% untuk liputan berkelajuan tinggi 3G dan kini bersedia untuk pelancaran LTE.

“Melangkah ke suku terakhir tahun ini, kami meneruskan langkah pasaran kami, menumpukan usaha kami dalam memberi penawaran produk yang inovatif, tawaran bersepadu, menyampaikan pengalaman pelanggan yang unggul serta memacu kecekapan operasi dan penggunaan rangkaian. Program pengekalan dan kesetiaan pelanggan kekal sebagai tema utama.

Pada awal suku ke-empat 2012, kami telah membawa beberapa tawaran baru untuk pasaran termasuk pelan TextMore dan SurfMore untuk pelanggan pascabayar dan pelan Internet Gentian Kediaman yang lebih pantas dengan pakej 20 dan 30Mbps. Kami kemudian mempertingkatkan lagi penawaran jalur lebar kami dengan pelan baru WBB yang menawarkan kuota internet yang lebih pada harga yang lebih baik, pilihan modem berprestasi tinggi percuma untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup pelanggan, dan perkhidmatan nilai tambahan percuma. Perantauan 2G domestik dengan U Mobile juga telah berjaya dilancarkan seperti yang dirancang.

Dari segi perkhidmatan Kediaman, kerjasama Astro dan Maxis sedang berjalan lancar dengan kedua-dua pihak berusaha ke arah melancarkan IPTV Astro B.yond yang menggunakan jejak fiber Maxis pada akhir suku ke-empat 2012. Kami juga amat mengharapkan pelancaran perkhidmatan LTE secepat sahaja peruntukan spektrum dianugerahkan oleh Kerajaan.

“Secara keseluruhannya, kami akan menikmati masa depan yang menarik,” kata Sandip.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maybelline New York Introduces Its Rocking Range Of Jewel Lipsticks

PSY, BigBang, Super Junior, Sistar, Wang Lee Hom Set To Spellbind Fans At MAMA 2012