in , , ,

Rebut Sebahagian Daripada Wang Tunai Bernilai RM40,000 Mulai 22 Feb Ini Di Suria!

Suria FM melancarkan peraduan Issey Fizi Ajak Selebriti Nyanyi dan kempen Bantuan Tunai Suria yang menawarkan sebahagian daripada wang tunai berjumlah RM40,000!

Peraduan ini akan dijalankan di kesemua lima segmen utama Suria iaitu Team Pagi Suria, Gaya Suria, Muzik Top Suria Suria Petang dan Suria Cinta bermula 22 Februari hingga 10 April ini. 

Melalui peraduan Issey Fizi Ajak Selebriti Nyanyi, penyampai Team Pagi Suria iaitu Issey, Fizi dan Ajak serta selebriti jemputan akan menyanyikan dua lagu berbeza pada masa yang sama. 

Issey Fizi Ajak Selebriti Nyanyi

Selepas isyarat peraduan dimainkan, pendengar perlu menghantar maklumat peribadi seperti nama penuh dan nombor kad pengenalan berserta tanda pagar #IsseyFiziAjakSelebritiNyanyi ke nombor WhatsApp Suria di 012-5551053. 

Penghantar WhatsApp kelima setiap segmen akan dihubungi oleh penyampai Suria yang bertugas dan berpeluang memenangi wang tunai bernilai RM200 jika dapat meneka kedua-dua tajuk lagu dan nama penyanyi serta nama selebriti jemputan dalam klip audio yang diberikan dengan betul dalam masa 10 saat. Sekiranya pendengar gagal menjawab dengan betul, wang tunai akan digandakan pada segmen berikutnya. 

Tarikh peraduan Issey Fizi Ajak Selebriti Nyanyi adalah pada 22 Februari sehingga 19 Mac 2021. 

Kempen Bantuan Tunai Suria pula akan memberi peluang pendengar bertuah memenangi wang tunai RM300 dengan hanya memberikan kata laluan apabila dihubungi oleh penyampai Suria. 

Pendengar yang ingin memasuki peraduan ini perlu mendaftarkan maklumat peribadi mereka dan lengkapkan ayat “Saya Mahu Bantuan Tunai Suria …… (tidak lebih daripada 15 patah perkataan)” terlebih dahulu di laman web suria.my. 

Bantuan Tunai Suria

Pendengar terpilih akan dihubungi penyampai Suria yang bertugas dan perlu memberikan kata laluan yang dimuatnaik di aplikasi Suria Malaysia 30 minit sebelum isyarat peraduan dikeudarakan. 

Sekiranya pendengar terpilih gagal menjawab kata laluan yang betul atau tidak menjawab panggilan, wang tunai secara automatik akan digandakan pada segmen berikutnya. 

Tarikh kempen Bantuan Tunai Suria adalah pada 22 Mac sehingga 9 April 2021. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suria www.suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

Sambutan Tahun Baharu Cina Dimeriahkan Dengan Kod Promosi RM8 oleh airasia

DJ Radio Ketawakan Cikgu Mengajar di Didik TV Dikecam, Mengaku Salah & Minta Maaf