in , , ,

realme Smart TV Dilancarkan di Malaysia dengan Harga Bermula RM899

realme kini secara rasmi mengumumkan realme Smart TV, iaitu televisyen pintar pertama mereka untuk pasaran Malaysia. Ia merupakan antara peranti yang dilancarkan dalam pelbagai produk realme AIoT pada kali ini.

realme Smart TV hadir dengan dua saiz yang berbeza iaitu 32 inci dan 43 inci serta mempunyai skrin paparan LED dengan rekaan bezel yang nipis.

TV pintar ini dijana dengan cip pemproses empat teras MediaTek 64-bit dengan padanan CPU 1.1GHz ARM Cortex A53, GPU Mali-470 MP3 serta memori RAM 1GB. Ia juga mempunyai sokongan HDR10 dan format HLG.

realme Smart TV Dilancarkan di Malaysia dengan Harga Bermula RM899

Selain itu, realme Smart TV dilengkapi empat unit sistem pembesar suara dengan output 24W serta sokongan Dolby Audio yang mampu menghasilkan audio 148Hz hingga 20,000Hz.

TV pintar ini didatangkan dengan sistem operasi Android TV. Ia mempunyai sokongan Google Assistant serta empat platform video terbina termasuk Netflix, Youtube, Prime Video dan Live TV. Lebih 5000 aplikasi boleh dimuat turun melalui Play Store.

realme Smart TV Dilancarkan di Malaysia dengan Harga Bermula RM899

realme Smart TV menyediakan satu alat kawalan jauh yang mempunyai akses pantas bagi Netflix, Youtube, Prime Video dan Google Assistant.

Sebagai tambahan, ia turut dimuatkan dengan teknologi Chroma Boost untuk memberikan paparan imej yang lebih jelas dan berkualiti. Dengan teknologi ini, skrin TV mempunyai maksimum tahap kecerahan sehingga 400 nits dan memberikan perincian, warna dan keupayaan yang lebih baik.

Terdapat 7 mod paparan yang disediakan termasuk Standard, Vivid, Sport, Movie, User, Game dan Energy Saving.

realme Smart TV dijual pada harga RM899 bagi saiz 32 inci. Sementara itu, saiz 43 inci ditawarkan pada harga RM1,499. realme menyatakan TV pintar ini akan ditawarkan sedikit masa lagi. Namun, tarikh yang lebih spesifik belum lagi didedahkan.

realme Smart TV Dilancarkan di Malaysia dengan Harga Bermula RM899
realme Smart TV Dilancarkan di Malaysia dengan Harga Bermula RM899
realme Smart TV Dilancarkan di Malaysia dengan Harga Bermula RM899

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

vivo Y51 Dilancar dengan Snapdragon 665, 3 Kamera 48MP, 5000mAh Berharga RM1,037

Siti Saleha Menang Asian Model Sempena Penganjuran Asia Model Festival 2020