in , , ,

Ini Reaksi Cik B Tengok Lakonan Sendiri Semasa drama Lelaki Lingkungan Cinta di TV

Siapa yang tengok drama Lelaki Lingkungan Cinta semalam? Haa kalau korang tengok drama ni, mesti korang perasan yang anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B ada berlakon dalam drama tu semalam!

Drama bersiri Lelaki Lingkungan Cinta arahan Emmi Suffian bakal bersiaran di slot Lestary TV3 telah menjadi bualan hangat penonton malam semalam. Lebih-lebih lagi barisan pelakon semuanya baru dan tidak disangka peminat drama. Antara wajah-wajah baharu sebagai tunjang utama yang ditampilkan adalah seperti Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana, Cik B dan ramai lagi.

Cik B dalam diam ye sekarang dah jadi pelakon! Tahniah dari kami!

Lelaki Lingkungan Cinta-Poster1

Apa yang menarik perhatian kami apabila usahawan terkenal, Dato Seri Vida (DSV) memuat naik satu posting yang menunjukkan reaksi anak sulungnya, Cik B melihat dirinya muncul dalam kaca TV.

Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin ni sampai jatuh tergolek tu tengok diri sendiri berlakon dalam drama. Halamak excited betul ni!

cik b

Cik B dilandal dengan pelbagai perasaan yang bercampur sehingga terlompat-lompat, membenamkan wajah ke sofa serta memeluk ibunya. Tak keruanlah senang cerita. Hiks!

Rata-rata pengikut DSV membanjiri ruangan komen posting tersebut dengan mengatakan Cik B sangat berbakat dalam bidang lakonan dan terhibur dengan reaksi yang ditunjukkan.

DSV yang juga berbangga melihat penampilan pertama anaknya di TV itu sempat mengusik lakonan Cik B yang cukup menghiburkan ramai.

Bila Cik B tengok diri dia dalam TV. Dia malu tak tahu nak sorok muka kat mana,”

“Tak puas tengok kejap-kejap sangat. Lepas ni buat Cik B watak utama” 

Video reaksi Cik B yang dikongsikan DSV tu telah pun mendapat lebih 160,000 views tau dan rata-rata netizen gembira dan memberi komen positif terhadap lakonan Cik B. Siap ada yang request jadikan Cik B watak utama. Amboi! 

Bagi korang yang tak tahu, drama bersiri Lelaki Lingkungan Cinta ini adalah drama yang menggantikan slot Kampung People 2 yang baru berakhir minggu lepas. Selain Cik B, ia dibintangi pelakon seperti Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Nabil Aqil dan ramai lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zarina Anjoulie & Fara Mendoza Masih Belum Berdamai, Bersengketa Sampai Hari Ini

Aaron Aziz Bagi Amaran Kepada Pengendali Blog Letak Tajuk Yang Menjurus Kepada Fitnah