in ,

Raya Tetap Ohsem Bersama Filem Menarik & Blockbuster di Awesome TV

Raya tahun ni masih tak dapat balik kampung sebab PKP, siap kena berkurung di rumah. Namun raya tetap ohsem dengan Awesome TV! duduk di depan kaca televisyen bersama keluarga layan filem pecah panggung Abang Long Fadil, Abang Long Fadil 2, KL special Force, Sembilu dan Sembilu II pada Hari Raya ini di Awesome TV.

Abang Long Fadil ialah sebuah filem komedi aksi Malaysia arahan Syafiq Yusof. Dibintangi oleh Zizan Razak, Tauke Raja Lawak, Kamal Adli, Soffi Jikan, Aaron Aziz, Yassin Yahya, Syamsul Yusof dan Harun Salim Bachik. Fadil tidak mahu lagi masuk campur dalam dunia kongsi gelap setelah sahabat baiknya Malik dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun. Fadil mahu bebas daripada geng Shark, tetapi dia perlu melaksanakan satu tugasan terakhir untuk membebaskan diri daripada kumpulan gangster tersebut. 

Saksikan filem Abang Long Fadil pada Hari Raya Pertama, Khamis, 13 Mei 2021 jam 10.00 malam.

Manakala Abang Long Fadil 2 akan ditayangkan pada Hari Raya kedua, Jumaat, 14 Mei 2021, jam 9.00 malam. Merupakan filem aksi komedi Malaysia arahan dan lakon layar oleh Syafiq Yusof. Mengisahkan perjalanan hidup Fadil (Zizan Razak) yang terjerumus ke dalam dunia kongsi gelap, didalangi oleh Taji Samprit (A. Galak) dan anaknya Wak Doyok (Wak Doyok). Berlaku satu insiden yang menyebabkan Fadil disalah anggap oleh Inspektor Wahab (Syamsul Yusof) dan Inspektor Shuib (Shuib Sepahtu) sebagai pengganas upahan kejam bernama Tiger.  

Selain itu, KL Special Force yang merupakan sebuah filem aksi Malaysia arahan Syafiq Yusof akan disiarkan jam 3.00 petang, Sabtu, 15 Mei 2021. Ia dibintangi oleh Dato’ Rosyam Nor, Fattah Amin dan Syamsul Yusof.Mengisahkan tentang sekumpulan unit khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai oleh DSP Roslan yang berusaha untuk menumpaskan sekumpulan mafia yang diketuai oleh Asyraff.Kumpulan mafia yang dikenali sebagai ‘Geng Anarkis’ melaksanakan pelan rompakan dengan begitu licik dan pelbagai taktik untuk mengelirukan pihak polis.

Saksikan filem KL Special Force, pada Hari Raya Ketiga, Sabtu, 15 Mei 2021 jam 3.00 Petang di Awesome TV.

Sempena Hari Raya ini Awesome TV akan menayangkan filem Sembilu dan Sembilu II di slot Istimewa Retropada hari Sabtu dan Ahad, 15 dan 16 Mei 2021, jam 6.00 petang. Dibintangi oleh Erra Fazira, Awie, Ziana Zain dan Mustapha Kamal. 

Sembilu menceritakan tentang Wati yang merupakan kekasih hati Awie, seorang penyanyi rock terkenal. Hubungan mereka yang bermula daripada zaman persekolahan itu mendapat restu orang tua mereka masing-masing, kecuali Azman, iaitu abang kepada Wati Azman sentiasa mencari jalan untuk memisahkan dua insan yang sedang hangat bercinta itu. 

Sembilu II merupakan kesinambungan kisah hubungan Awie dan Wati. Mereka merancang untuk bertunang. Tetapi, kerana terlalu sibuk mereka menangguhkan pertunangan tersebut. Azman yang sememangnya masih menaruh dendam terhadap Awie berusaha untuk memisahkan Awie dan WatiZiana meneruskan rancangan untuk menggoda Awie untuk jatuh ke dalam perangkapnya lagi.

Saksikan kesemua filem ini di Astro, saluran 123, dan MyTV di saluran 112. Ikuti perkembangan Awesome TV, melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV atau layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rapper MK Announced As Malaysian Brand Ambassador For PUBG Mobile

HARI YANG KU TUNGGU Single Pertama Aiman Zaidi Sempena Hari Raya