in

Raya Kedua: Senario The Movie Eps 1

Senario The Movie Eps 1 – Raya Kedua, 11 September, 9.00 mlm

Filem ini mengisahkan pengembaraan 3 sahabat untuk mencapai cita-cita menjadi bintang. Mazlan, Azlee dan Wahid datang dari kampung dan negeri yang berbeza. Tujuan mereka hanya satu iaitu menghadiri uji bakat di Kuala Lumpur dan menjadi pelawak terkenal tanah air.

Malangnya, pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa mereka hadapi untuk mencapai impian tersebut. Paling mengharukan apabila tibanya mereka di Kuala Lumpur, mereka telah ditangkap pihak polis kerana wajah mereka saling tak tumpah dengan wajah kumpulan perompak bersiri yang menjadi buruan pihak polis. Mereka amat bimbang kerana uji bakat semakin hampir sedangkan mereka masih lagi di lokap.

Persiapan persembahan masih lagi belum dilakukan. Apabila mereka dibebaskan, bermacam-macam lagi halangan menanti seperti tidak membenarkan mereka menghadiri uji bakat tersebut. Tetapi, berkat kesabaran dan ketabahan mereka mengejar cita-cita, mereka berjaya sampai ke tempat uji bakat.

Pelakon: Mazlan Pet Pet, Azlee Jaafar, Wahid, Fauziah Nawi, Piee, Zaibo, Osman Kering, Zul Huzaimi, Julia Hana, Zaidi Omar, Ropi Cecupak, Shamsul Ghau Ghau

Senario The Movie

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rozita Che Wan, Tiz Zaqyah Drama Kuih Makmur

Komedi Keluarga Dalam Menantu Raya Di Tv2