in ,

Pencarian Ikon Wanita Moden Masa Kini Menerusi RATU HIJABISTA

Puan Sri Normala Samsudin terima mandat selaku juri tetap, gandingan Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim sahut cabaran kemudi musim pertama

Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2012, Majalah Hijabista terbukti berjaya memberi impak sekaligus mewarnai industri penerbitan dan digital tanah air. Sehingga kini, jenama Hijabista juga sering menjadi rujukan golongan wanita berhijab khusus dalam memberi inspirasi, tip kecantikan, fesyen dan juga kerohanian.

Justeru, buat julung kalinya pihak Astro menerusi kerjasama strategik di antara saluran Astro Prima dan pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. bakal menganjurkan pertandingan realiti ‘Ratu Hijabista’ bagi mencari ikon wanita berhijab yang berinspirasi dan boleh menjadi contoh kepada segenap lapisan masyarakat.

Pencarian Ikon Wanita Moden Masa Kini Menerusi RATU HIJABISTA

Bakal bersiaran selama lapan minggu, para peserta harus memperlihatkan pesona ratu ideal melalui siri cabaran yang bakal menguji kekuatan fizikal dan mental serta keazaman mereka untuk menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat sekaligus berentap untuk merebut gelaran juara.

Pencarian Ikon Wanita Moden Masa Kini Menerusi RATU HIJABISTA

“Selaku penganjur bersama, Astro menyambut baik inisiatif penganjuran program ‘Ratu Hijabista’ yang mengiktiraf potensi bakat luar biasa dan sumbangan kaum wanita agar dapat memberi inspirasi kepada wanita di luar sana khususnya golongan yang berhijab. Bukan itu sahaja, platform pencarian seumpama ini juga berupaya mewujudkan persekitaran positif sekaligus meningkatkan keyakinan setiap wanita yang pastinya ada memasang impian untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Dalam dunia serba moden masa kini, kehadiran dan sumbangan besar kaum wanita cukup menyerlah dalam pelbagai bidang terutamanya yang banyak dimonopoli oleh kaum lelaki. Ia membuktikan kaum wanita juga mampu melangkah jauh untuk sama-sama menyemarakkan industri ke arah dan ke tahap yang lebih baik pada masa akan datang.

Semoga penganjuran ‘Ratu Hijabista’ dapat mengukuhkan lagi pengaruh jenama Hijabista sebagai sebuah platform pencarian bakat komersial sekaligus mampu meneruskan legasi kecemerlangan jenama kandungan harta intelek yang lain seperti Dewi Remaja dan Hero Remaja.”

Norzeha Mohd Salleh, Pengurus Saluran Astro Prima
Pencarian Ikon Wanita Moden Masa Kini Menerusi RATU HIJABISTA

“Sudah tiba masanya Hijabista melangkah ke satu tahap yang lebih tinggi. Daripada hanya sebuah majalah dan seterusnya berkembang pesat di dunia digital dengan jutaan pelayar setiap bulan. Kini Ratu Hijabista yang bakal bersiaran di saluran Astro Prima merupakan pertaruhan terbaru jenama ini.

Membawa inti pati jenama yang memartabatkan golongan wanitaberhijab, pencarian ini dilihat sebagai salah satu wadah khusus untuk suara wanita berhijab yang kini sudah mampu berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan golongan yang lain. Hijab bukan sebuah lambang kelemahan sebaliknya sebagai lambang manifestasi diri yang cemerlang, sama seperti kesemua finalis yang terpilih. Setiap seorang dari mereka memiliki latar pendidikan yang baik dan persona diri yang menarik serta meyakinkan.”

Fiezreen Ahmad, Editor Pengurusan Hijabista
Pencarian Ikon Wanita Moden Masa Kini Menerusi RATU HIJABISTA

TRIVIA MENGENAI PENCARIAN ‘RATU HIJABISTA’

  1. Untuk makluman, susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat krisis pandemik Covid-19, sesi ujibakat peringkat pertama dan kedua pencarian ‘Ratu Hijabista’ juga telah dijalankan secara atas talian sepanjang tempoh bermula 1 hingga 14 Jun yang lalu.
  2. Penyertaan yang terbuka kepada semua wanita Malaysia berhijab berumur di antara 21 hingga 30 tahun ini juga telah menarik lebih 550 calon peserta untuk memuatnaik video ujibakat mereka di laman sosial Instagram. Daripada jumlah tersebut, seramai 12 finalis terbaik telah disenarai pendek menerusi sesi saringan yang ketat untuk diserap masuk bagi memeriahkan penganjuran musim pertama.
  3. Personaliti jelita tersohor dalam bidang pengacaraan, Puan Sri Normala Samsudin diberi mandat untuk menggalas tanggung jawab selaku juri tetap yang bakal mengadili pencarian ‘Ratu Hijabista’ musim pertama. Beliau juga turut terlibat dalam penjurian tertutup sewaktu sesi ujibakat baru-baru ini.
  4. Sementara itu, nantikan juga penampilan istimewa barisan personaliti popular yang diundang khas secara bergilir-gillir pada setiap minggu sebagai juri jemputan.
  5. Nasib para peserta akan ditentukan sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri profesional. Mereka akan dinilai mengikut kriteria utama termasuklah elemen keyakinan diri, kebijaksanaan, keluasan pengetahuan am, kreativiti, personaliti dan karisma yang menarik.
  1. Manakala pelakon dan pengacara yang semakin meningkat naik, Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim pula digandingkan buat pertama kali untuk mengemudikan pencarian kali ini sebagai hos program.
  2. Pemilihan kedua-dua mereka sebagai hos untuk program bukan sahaja berdasarkan kepada bakatnya dalam bidang pengacaraan, malah mereka turut memiliki personaliti yang bersahaja dan menarik yang sememangnya menepati konsep dan penonton sasaran program ini.
  3. Juara ‘Ratu Hijabista’ akan membawa pulang wang tunai RM10,000, tiara, trofi dan selempang. Peserta yang mendapat kedudukan di tangga kedua pula bakal membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi dan selempang. Manakala pemenang ‘Hijabista Favourite 2020’ pula akan dipilih bedasarkan undian peminat tertinggi di laman web rasmi www.hijabista.com.my
  4. Dalam pada itu, penganjuran ‘Ratu Hijabista’ juga turut disokong oleh Safi Hijabista yang hadir sebagai Penaja Utama untuk penganjuran musim pertama. Manakala ZAYAN pula turut menghulurkan sokongan selaku Radio Rasmi.
Pencarian Ikon Wanita Moden Masa Kini Menerusi RATU HIJABISTA

12 FINALIS ‘RATU HIJABISTA’

  1. AISHAH
    Siti Aishah Idris, 27, Pulau Pinang IG 
    @i_shahidris
  2. AQILLA
    Nur Aqilla Sidi Ahmad, 25, Negeri Sembilan IG 
    @qilalawa
  3. AUNEE
    Aunee Azrina Zulkifli, 27, Johor IG 
    @auneekifli
  4. EKA
    Asfika Mohamad, 26, Pahang IG 
    @eka_mohamad
  5. ELLYNA
    Nurul Ellyna Anuar, 21, Johor IG 
    @nurulellynaa
  6. FIFFY AFRINA
    Nurfiyanti Afrina Roslan, 23, Pulau Pinang IG 
    @fiffyafrina
  7. JIHA
    Nur Fatin Najihah Noor Hisham, 21, Johor IG
    @najihah_sham
  8. QILA
    Wan Nur Aqilah Shahirah Wan Lokman, 21, Selangor
    IG
    @qilaistheone 
  9. SAREE
    Siti Sariah Abdullah, 21, Selangor IG
    @sareeabd 
  10. MELL
    Shamellya Norazizi, 23, Selangor IG
    @mellyazizi 
  11. TINA
    Qistina Sofia Abdul Aziz, 24, Shah Alam IG
    @tinaziz 
  12. YUSRINA
    Nuryusrina Shan Firdaus Shan, 23, Kedah IG
    @yusrinashan 
Pencarian Ikon Wanita Moden Masa Kini Menerusi RATU HIJABISTA

INFO SIARAN PENCARIAN ‘RATU HIJABISTA’

Rangkaian program ‘Ratu Hijabista’ akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Kapsul pengenalan 12 peserta boleh ditonton melalui liputan harian ‘Profil Ratu Hijabista’ pada setiap hari, jam 11.55 pagi dan 6.55 petang bermula 23 Julai hingga 9 Ogos 2020. Klip sedutan aktiviti perkembangan para peserta sepanjang musim ini pula dapat ditonton melalui liputan harian ‘Jurnal Ratu Hijabista’ pada setiap hari Isnin hingga Rabu, jam 6.55 petang bermula 10 Ogos 2020.

Manakala rakaman program pencarian ‘Ratu Hijabista’ pula akan bersiaran selama lapan episod pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam mulai 12 Ogos 2020.

Di samping itu, perjalanan terkini para peserta juga akan mendapat liputan menyeluruh termasuklah paparan aktiviti di sebalik tabir menerusi laman sosial Majalah Hijabista.

IKUTI INFO TERKINI ‘RATU HIJABISTA’ DI PLATFORM INI

Aplikasi Astro on demand Aplikasi Astro GO @hijabistamag Hijabista Magazine

#RatuHijabista #MajalahHijabista #SayaSayangSaya #SafiHijabista #BarulahOn

MENGENAI NU IDEAKTIV

Nu Ideaktiv Sdn Bhd; sebuah usaha sama Astro dan Karangkraf telah ditubuhkan pada 2 Mei 2018. Nu Ideaktiv berusaha untuk menyebarkan infomasi dan hiburan melalui kandungan yang penuh inspirasi, aspirasi dan maklumat kepada semua lapisan masyarakat. Nu Ideaktiv memiliki 39 harta intelek termasuk 15 jenama terkenal yang menghasilkan pelbgai kandungan dan berusaha untuk menjadi jenama peneraju dalam komuniti Melayu. Kandungan Nu Ideaktiv boleh dinikmati melalui pelbagai platform termasuk majalah, digital dan tv.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Hiasan

“Kenapa Ramai Perempuan Suka Lelaki Kaya?” – Saiful Nang

Bekas Teman Lelaki Alya Iman Rayu Hentikan Tohmahan & Fitnah