in , ,

Ras Adiba Radzi Sah Bergelar Isteri Kepada Mohamed Azam

Selamat pengantin baru buat personaliti TV Ras Adiba Radzi yang selamat diijabkabulkan dengan usahawan Mohamed Azam Ali. Semoga rumahtangga bahagia kekal hingga selamanya.

Dengan dua kali lafaz, bekas personaliti TV3, Ras Adiba Radzi, 51, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohamed Azam Ali, 57, jam 2.38 petang tadi. Majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Jamek Al Khadijah, Pantai Dalam, di sini, disempurnakan bapa Ras, Mohd Radzi Wahab, dengan disaksikan Imam Masjid terbabit, Yahya Mat Husin.

Ras Adiba Radzi Nikah

Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 bersama empat dulang hantaran berbalas lima. Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Ia adalah perkahwinan ketiga Ras dan kedua buat Mohamed Azam.

Ras Adiba Radzi Nikah

“Sebenarnya, kami sudah lama saling mengenali, iaitu sejak masing-masing bertugas di TV3 yang ketika itu beroperasi di Jalan Liku, Bangsar.

“Bagaimanapun, ketika itu hubungan kami adalah atas paksi profesional. Malah, masing-masing tidak pernah terfikir akan bertemu jodoh, hari ini.

“Disember lalu, kami berjumpa kembali pada majlis pertemuan semula (reunion) bekas kakitangan stesen televisyen berkenaan. Ketika itu, kami lebih banyak berkongsi cerita sesama sendiri,”

– Ras Adiba

Ras Adiba sudah lima tahun hidup solo selepas perkahwinan kedua berakhir.

Menurut Ras, sepatutnya pada hari ini mereka akan ditunangkan terlebih dahulu sebelum disatukan sebagai suami isteri. Bagaimanapun, selepas mendapat nasihat keluarga, ia diteruskan dengan majlis pernikahan.

“Kami pula hanya mengadakan majlis kecil-kecilan. Lagipun, ia bukan perkahwinan pertama buat saya dan suami,”

– Ras Adiba

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Ras dikurniakan dua cahaya mata, manakala suaminya pula mempunyai enam anak.

Sementara itu, ketika mengulas berita pemergian teman baiknya, Wafa Abdul Kadir, yang menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi akibat kanser, Ras mengakui cukup ralat.

“Semalam, saya sempat menziarahinya di rumah. Ikutkan, saya teringin memberikan penghormatan terakhir kepadanya, tetapi saya terikat dengan urusan perkahwinan ini.

“Dia memang antara rakan yang rapat dan saya memanggilnya dengan gelaran Kak Long,”

– Ras Adiba
Sumber: Berita Harian & Mstar Online

Ras Adiba Radzi Nikah
Ras Adiba Radzi Nikah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

EKSKLUSIF Temubual Bersama Siti Nurhaliza di Konsert On Tour Singapura

FANCY FEAST Bawakan Makanan Kucing bertaraf ‘Meowchelin’