in , , ,

ERA Lancar Kempen Pencarian Rapper Berbakat Dalam #RAPSTARERA

Sejak akhir-akhir ini kebangkitan genre Hip Hop dalam arus perdana di Malaysia sangat memberansangkan. Disemarakkan lagi dengan kemenangan lagu Aman-Ra, ‘Bangun’ yang dinobat sebagai Naib Juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-34 yang lalu.

Sebenarnya, ini merupakan kali kedua lagu bergenre Hip Hop dijulang di pentas berprestij itu selepas kemenangan lagu ‘Apa Khabar’ nyanyian Joe Flizzow dan SonaOne pada tahun 2015. Malah, Spotify juga menyenaraikan kumpulan Hip Hop K-Clique sebagai artis yang paling banyak distrim di Malaysia pada tahun lalu. Bagi mengembangkan lagi arena Hip Hop dalam industri muzik Malaysia, Universal Music Malaysia dan label hip hop tersohor Def Jam Malaysia bekerjasama dengan jenama radio nombor satu, ERA untuk melancarkan kempen pencarian bakat hip hop terbaharu Malaysia menerusi #RAPSTARERA. Pemenang #RAPSTARERA bakal berpeluang merakamkan single bersama Universal Music Malaysia dan Def Jam Malaysia.

RAPSTARERA

Mengulas tentang kerjasama strategik ERA bersama Universal Music Malaysia dan Def Jam Malaysia ini, Pengurus kandungan ERA, Erman Zaki berkata,

Kami percaya bahawa kerjasama erat antara jenama radio dan syarikat rakaman boleh menggalakkan lagi pertumbuhan industri muzik Malaysia. Platform #RAPSTARERA disediakan bagi mengetengahkan bakat-bakat baharu yang bakal memeriahkan lagi industri muzik Malaysia.”

– Erman Zaki
RAPSTARERA

Manakala Pengarah Urusan Def Jam Asia Tenggara, Joe Flizzow pula berkata,

Kita boleh lihat kejayaan lagu-lagu Hip Hop pada masa kini menguasai radio dan pelantar digital. Malah nama rapper dan penerbit Hip Hop tempatan juga sudah tidak asing lagi di arena muzik arus perdana Malaysia.

Ini merupakan salah satu petanda bahawa arena Hip Hop di Malaysia boleh dikembangkan lagi dan inilah yang menjadi inspirasi kepada #RAPSTARERA.

Kami amat berbangga dapat bekerjasama dengan jenama radio nombor satu di Malaysia iaitu ERA dalam mencari bakat bakat baharu yang boleh diketengahkan sekaligus boleh mewarnai arena Hip Hop di Malaysia. ”

– Joe Flizzow
RAPSTARERA

Pencarian #RAPSTARERA ini berlangsung dari 10 sehingga 20 Februari 2020 ini. Penyertaan akan dinilai oleh juri terpilih dari Universal Music Malaysia dan Def Jam Malaysia. Ketahui lebih lanjut mengenai cara dan syarat penyertaan #RAPSTARERA di laman web https://era.je/special/rapstar.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Lefthanded Seruan X Datuk Ramli Sarip Tetap Diteruskan

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem RUMAH KENTANG: THE BEGINNING