in ,

Betul Ke Rangkaian Pawagam Ketiga Terbesar Malaysia, MBO Cinemas Bakal Ditutup?

Selain dari syarikat penerbangan, pelancongan dan perhotelan, syarikat pengendalian filem juga turut terkesan dengan pandemik Covid-19, terbaharu khabarnya pawagam MBO bakal mengalami kerugian dan ditutup, betul ke?

Rangkaian pawagan ketiga terbesar Malaysia, MBO Cinemas bakal ditutup akibat terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Menurut laporan New Strait Times, MBO Cinemas bakal ditutup kerana faktor kewangan yang kian merosot akibat pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal tahun ini.

Berita tersebut dilaporkan The Edge Markets semalam dimana terdapat hasrat dan notis untuk menjalankan proses pencairan aset milik syarikat MCAT Box Office Sdn. Bhd. atau lebih dikenali dengan MBO Cinemas

MBO Cinemas

Proses ini akan melibatkan penutupan syarikat tersebut dimana mereka terpaksa menjual aset untuk membuat pembayaran kepada pemiutang.

Pada Selasa lalu, MBO Cinemas melalui akaun Twitter mereka @mbocinemas mengumumkan penutupan beberapa cawangan mereka sehingga tarikh yang tidak diumumkan.

Menurut CEO MBO Cinemas, syarikat berkenaan mengalami penurunan jualan sebanyak 55 peratus pada 3 bulan pertama PKP tatkala negara kita dilanda pandemik Covid-19 dan tiada sebarang jualan tiket sepanjang tempoh PKP.

Maklumat lanjut tentang spekulasi dan dakwaan penutupan pawagam ini masih belum dijawab oleh pihak pengurusan syarikat tersebut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apple Diperli Samsung & Xiaomi Gara-Gara Jual iPhone Tanpa ‘Charger’ Dalam Kotak

Izzue Islam Kasi Tips Elak Ditipu Scammer, Guna Aplikasi SEMAK MULE dari PDRM