in , ,

Rangkaian Celcom Kini Capai Pengalaman Video Terunggul

Pacuan yang konsisten dan tumpuan Celcom Axiata Berhad kepada pengalaman pelanggan telah menghasilkan nilai hebat dan bermakna untuk pelanggan.

Penghasilan ini merupakan impak daripada program pengoptimuman dan pengembangan rangkaian utama yang diselesaikan pada suku keempat 2018 (Q4 2018) sekaligus memperoleh penanda aras baru untuk pengalaman video.

Celcom telah melancarkan kempen kecemerlangan rangkaiannya, ‘Guna Celcom™’ pada 12 Februari 2019, berikutan penyempurnaan projek optimasi rangkaiannya di seluruh negara. Guna Celcom ™, frasa yang mudah diingati, adalah kempen khas untuk rakyat Malaysia yang bertujuan mewujudkan kesedaran mengenai pengalaman hebat data dan video yang ditawarkan oleh rangkaian Celcom.

Rangkaian Celcom Kini Capai Pengalaman Video Terunggul

‘Guna Celcom™’ juga disokong oleh pencapaian Celcom memperoleh pengiktirafan 4-bintang untuk penstriman video HD di YouTube Video Checkup di 94% daripada 965 kluster di seluruh negara, termasuk bandar-bandar utama seperti Lembah Kelang, Putrajaya, Kota Kinabalu, dan banyak lagi.

Rangkaian Celcom Kini Capai Pengalaman Video Terunggul

Pada Februari tahun ini, pelaburan Celcom dalam rangkaiannya telah berhasil dengan 9000 tapak LTE disempurnakan di seluruh negara, bagi menyediakan data melalui kapasiti rangkaian yang lebih besar.

Rangkaian kukuh Celcom kini menawarkan pengalaman digital terbaik untuk penstriman video, rangkaian sosial, permainan mudah alih dan jalur lebar tanpa wayar kediaman. ‘Guna Celcom™’ melaungkan liputan LTE Celcom di seluruh negara di samping menawarkan  perkhidmatan ‘fiber di udara’sebagai alternative kepada teknologi kabel tembaga bagi jalur lebar kediaman. 

Celcom Home Wireless– perkhidmatan jalur lebar yang dipacu oleh rangkaian 4G Celcom, kini menawarkan kediaman dengan penyelesaian internet terbaik dengan data yang mewah sehingga lebih daripada 1 Terabyte! Ia turut ditawarkan di Sabah dan Sarawak, di mana pelanggan hanya perlu pasang dan guna, bagi menikmati hubungan internet dengan kelajuan purata 30Mbps, daripada serendah RM80. 

Rangkaian Celcom Kini Capai Pengalaman Video Terunggul

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata fokus yang diletakkan oleh Celcom dalam menyediakan pengalaman digital terbaik untuk pelanggannya telah membuahkan hasil dengan pertumbuhan positif dan penyediaan nilai hebat yang berterusan kepada pelanggan. 

“Sebagai syarikat yang dipacu dengan data, kami berpendapat bahawa hanya kelajuan muat turun sahaja tidak semestinya dapat memberikan pengalaman video yang terbaik. Selain itu terdapat faktor lain dalam menyediakan pengalaman video yang terunggul seperti ketersediaan LTE, latensidan packet loss, serta konsistensi secara keseluruhannya,”

– Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad

Celcom turut mencapai Skor Promoter Purata tertinggi bagi kepuasan pelanggan di kalangan empat syarikat telekomunikasi. Kajiselidik tersebut dijalankan oleh Nielsen Malaysia, yang merangkumi skor kepuasan bagi Rangkaian, Pakej, Kualiti Perkhidmatan, Bil dan Tambah Nilai, dan Produk. Ia dijalankan dengan kira-kira 7,000 responden daripada empat pengendali rangkaian di Malaysia, merangkumi kesemua wilayah pada suku keempat 2018. 

Rangkaian Celcom Kini Capai Pengalaman Video Terunggul

“Perkhidmatan video menyumbang 47% daripada jumlah penggunaan data keseluruhan pelanggan Celcom, dan dalam pasaran yang tepu ini perkhidmatan dan pengalaman adalah semakin penting. Hari ini kami berbesar hati kerana diiktiraf oleh pelbagai pihak bagi penyediaan pengalaman video yang unggul. 

“Salah satu hasil daripada peningkatan pengalaman adalah peningkatan penggunaan oleh pelanggan Celcom; di mana terdapat kenaikan sebanyak 88.7% dalam trafik data kepada 997.3mil GB dan purata penggunaan pelanggan dalam sebulan yang meningkat sebanyak 85.1% kepada 12.4GB. 

“Infrastruktur rangkaian kami telah dioptimisasi, bagi menyediakan pengalaman video dengan kualiti dan piawaian bertaraf antarabangsa, dan kami akan kembali mewarnai bandaraya dengan warna biru! Kami ingin mengajak rakyat Malaysia untuk  menggunakan rangkaian LTE Celcom dan nikmati hubungan tanpa wayar dengan Celcom Home Wireless, yang turut disertakan dengan polisi wang dikembalikan dalam 30 hari,”

– Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad

Fokus Celcom yang berterusan dalam pengalaman pelanggan turut menghasilkan pertumbuhan sebanyak 1.1% pada asas tahun ke tahun (YoY) dalam hasil perkhidmatannya, di sebalik persekitaran yang begitu kompetitif, dan ia dipacu oleh pertumbuhan hasil bagi kedua-dua segmen pascabayar dan prabayar.

Fokus kepada pelanggan nilai-tinggi turut menyumbangkan pertumbuhan positif kepada perniagaan, dengan peningkatan sebanyak RM5 dalam Purata Hasil Setiap Pelanggan (ARPU) kepada RM89, dan peningkatan ARPU bagi prabayar sebanyak RM3 kepada RM35. 

Rangkaian Celcom Kini Capai Pengalaman Video Terunggul

Perancangan seterusnya :

Dalam persediaan menghadapi Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) dan juga era 5G, Celcom telah mula tertumpu kepada kerjasama dengan vendor peranti, penyedia platform dan perisian bagi menyediakan penyelesaian 5G kepada pelbagai industripasaran utama di Malaysia. 

“Kami telah mewujudkan kerjasama erat dengan vendor rangkaian kami, iaitu Huawei and Ericsson, bagi membangunkan dan memperlihatkan kes penggunaan terbaik bagi 5G di Cyberjaya bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Baru-baru ini di Barcelona kami juga telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Microsoft Malaysia bagi memperkaya budaya kerja kami agar lebih bersesuaian dengan keperluan digital bagi era 5G yang akan datang,”

“Pada tahun 2017 kami telah menjalankan percubaan pertama 5G di Asia Tenggara, melalui jalur 28Ghz, dan telah mencapai penghantaran kelajuan puncak sehingga 17Gbps (Gigabits per saat) dan latensi serendah 5ms(millisaat),”

– Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad

Percubaan 5G pertama Celcom pada tahun 2017 juga telah menampilkan kes penggunaan 5G yang futuristik, seperti kawalan robotic, persekitaran terhubung, realiti maya, Internet Pelbagai Benda (IoT), dan penstriman video 4K melalui peranti prototaip 5G. 

Rangkaian Celcom Kini Capai Pengalaman Video Terunggul

“Pembangunan 5G di Malaysia kini semakin pesat, dan dengan kesinambungan yang terus kukuh, kami amat teruja untuk menyediakan perkhidmatan 5G dalam masa akan datang. Kami akan terus berusaha untuk menyediakan pengalaman digital terbaik kepada pelanggan, dan memastikan kami terus bekerja keras untuk membawakan perkhidmatan 5G yang terhebat di Malaysia,”

– Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad

Celcom akan mempamerkan kes penggunaan 5G seperti Holoportation, Mobiliti Terhubung, Perlawanan Bola Sepak Maya, Akses Tanpa Wayar Tetap 5G (FW), dan dron terhubung dalam pertunjukan 5G pada bulan April 2019. 

Rangkaian Celcom Kini Capai Pengalaman Video Terunggul

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Lagu IMPLIKASI – Sufi Rashid

Uqasha Senrose Tambah Berat Badan Demi Watak dalam SAYA JUAL YE BANG