in ,

Ramai Simpati dengan Zizan Razak, Asyik Jadi ‘Penjaga Jodoh’ Orang

Setiap kali artis wanita melangsungkan pernikahan, ada sahaja warganet mempersoalkan mengenai jodoh pelakon dan pelawak popular Zizan Razak yang masih belum menemui cinta sejati.

Sekiranya diimbau kembali gosip-gosip perhubungan cinta Zizan sebelum ini, semua artis wanita yang pernah dikaitkan dengan dirinya telah berkahwin seperti Juliana Evans dan Emma Maembong.

Malah selepas aktres Mira Filzah, perkahwinan selebriti Neelofa turut dikaitkan apabila terdapat segelintir pengguna laman Twitter menyifatkan pelawak berusia 37 tahun itu sebagai ‘penjaga jodoh’ orang lain.

Namun begitu, terdapat juga individu yang bersimpati dengan nasib malang Zizan dan mendoakan agar pelawak tersebut akan bertemu jodoh dan teman sehidup semati satu hari nanti.

Terdahulu menerusi laporan media tempatan, Zizan atau nama penuhnya Mohammad Razizan Abdul Razak mengakui kurang senang apabila netizen asyik mengungkit kisah cinta dan jodohnya.

Ini kerana dia tidaklah kecewa seperti yang disangka, sebaliknya menyerahkan soal jodoh dan ketentuan pada Allah SWT.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Neelofa & Suami Tiba di Langkawi Tular di Twitter, Netizen Ucap Selamat Berbulan Madu

Kenali Baelon, Dari Penari Plus Size di Tiktok Kini Jadi Penyanyi, Lancar Single Debut ‘GEDIK’