in , ,

Ramai Netizen Teruja Apabila Caprice Jumpa Ustaz Ebit Lew di Gaza

Umum mengetahui dua personaliti terkenal negara iaitu pendakwah merangkap aktivis, Ustaz Ebit Lew dan rapper yang juga usahawan, Caprice ketika ini sedang sibuk menjalani misi kemanusiaan di Gaza dan Mesir.

Namun mungkin disebabkan jadual yang padat serta beberapa faktor-faktor lain, kedua mereka tidak berpeluang bertemu sejak Carice menjejakkan kakinya ke Cairo seminggu yang lalu.

Malah ramai beranggapan harapan untuk melihat mereka berdua bertentang mata di sana adalah tipis disebabkan beberapa pr0sedur ketat selain Ustaz Ebit lew dan delegasinya sudah masuk ke bandar Gaza pada isnin lepas.

Namun sebentar tadi, Caprice menerusi satu perk0ngsian di Instagramnya memaklumkan dia sudahpun bertemu pend4kwah berkenaan.

Caprice

Dia menerusi perk0ngsian sama turut berk0ngsi video sewaktu pertemuannya bersama pend4kwah kesayangan rakyat Malaysia itu.

Alhamdulillah finally dapat jumpa Ebit Lew

“Alhamdulillah sebab ramai dekat Malaysia tanya. Akhirnya dapat jumpa Ebit Lew” tulis Caprice ringkas.

Meskipun tidak mended4hkan l0kasi pertemuan mereka, perkongsian rapper tersebut bagaimanapun membuatkan ramai pengikutnya teruja.

Malah ramai turut mend0akan agar kedua-dua aktivis berkenaan dilindungi dan dipermudahkan segala urusan sepanjang mereka disana.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ahmad Muriz Che Rose Mpo Petronas | 23

MPO Menilai Semula Model Perniagaan

Ebit Lew | 24

Ebit Lew Akhirnya Selamat Pulang dari Bumi Gaza, Kini Dikuarantin