in

Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Join RAKU Fest!

Buat pertama kalinya, Budiey dengar, Astro Radio bakal mengadakan satu lagi festival muzik. Cergas betul diorang. Ini semua adalah semata-mata mahu memperkenalkan lagi aplikasi RAKU kepada umum khususnya peminat muzik. Jadi, apa itu RAKU Fest! dan kenapa anda patut ke sana? Ya, dengarnya ada 16 artis woooooo yang akan berada kat sana untuk memeriahkan suasana!




RAKU Fest! adalah acara yang menggabungkan unsur muzik dan seni bagi memupuk masyarakat supaya menghargai hasil kerja penggiat muzik dan seni tanahair mengetengahkan bakat-bakat mereka.

raku_fest_2016

[dropcap]B[/dropcap]agi merealisasikan matlamat RAKU untuk terus mengangkat karya-karya unggul artis tempatan, RAKU mempersembahkan 16 artis tempatan untuk membuat persembahan di RAKU Fest! pada 7 Mei 2016, Sabtu jam 12 tengahari hingga 10.30 malam bertempat di The Square Publika, KL.

Antara artis yang bakal membuat persembahan adalah Adira AF, Syamel AF, Altimet, Hujan, Plaque Of Happiness, Firman AF, Aril AF, Bil Musa, Bittersweet, Massacre Conspiracy, Jin Hackman, Enterprise, Narmi, Young Thousands, Pesawat dan Vega.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Trip Ke Hollywood & Hadiah Lebih RM3 Juta

Dato’ Siti Nurhaliza Bakal Lancar Lagu Raya Ciptaan Pak Ngah