in

Rakaman Program Raya TV3 IRAMA

Rakaman Program Raya TV3 IRAMA. Tinggal beberapa hari lagi kita semua akan menyambut bulan Ramadan. Kebiasaannya, sebelum tibanya bulan Ramadan, semua stesen TV dah berebut-rebut mengejar masa dan merancang untuk selesaikan segala rakaman untuk program sempena hari raya.

Bagi mereka yang rindu untuk mendengar lagu dan muzik berkonsep Irama Malaysia, istimewa untuk siaran Hari Raya Aidilfitri kali ini, TV3 bakal menyajikan sebuah rancangan hiburan, “IRAMA” yang akan menampilkan penyanyi popular masa kini seperti Alyah, Tomok, Hazama, Asmidar dan Awi Rafael.

Menariknya, program khas untuk lebaran ini turut dijayakan oleh pemuzik iringan yang diterajui Datuk Suhaimi Mohd Zain, lebih mesra dengan panggilan Pak Ngah dan diserikan dengan penampilan istimewa oleh pelakon kecil molek, Nora Danish, selaku pengacara kali ini.

Rakaman Program Raya TV3 IRAMA akan diadakan pada 14 Julai ini di Studio 1, Glenmarie Jln Jurubina, Shah Alam.

Insyaallah Budiey akan turut hadir di sesi rakaman ini dengan lengkap berbaju raya? Amacam berani?

Awi Rafael

Awi Rafael

Alyah

Alyah

Tomok

Tomok

Hazama AF
Hazama

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sambutan Muzikal Aidilfitri Sungei Wang Plaza

Telefilem SUGEH Tayang Guna Konsep Wayang Pacak