in

Rakaman Konsert Ekspresi Dato’ M. Nasir & Jamal Abdillah

Lebih kurang Sebulan lebih lagi kita akan menjalani ibadah puasa. Cepat betul masa berlalu kan? Seperti biasa, sebelum berpuasa, stesen TV sekarang ini sedang sibuk berebut-rebut menyiapkan program TV sempena hari raya Aidilfitri nanti.

Dan pada malam ini, Budiey mendapat info di mana satu rakaman konsert sempena raya nanti akan diadakan. EKSPRESI DATO’ M. NASIR & JAMAL ABDILLAH bakal menghiburkan kita dan mewarnai Aidilfitri anda sekeluarga.

Konsert istimewa yang menampilkan gandingan ‘sifu ‘ Dato’ M. Nasir dan Raja Pop Malaysia Jamal Abdillah akan mengimbau kembali nostalgia lagu-lagu ‘evergreen´ seperti Gerhana, Seroja dan Keranamu Kekasih. Turut memeriahkan suasana rakaman ini adalah rakan-rakan seperjuangan dari dua era berbeza iaitu Ogy Dato’ Ahmad Daud, Francesca Peters, Hujan dan Awi Rafael.

Kepada pembaca budiey.com nak hadir, kenalah berpakaian baju raya supaya rakaman nanti nampak meriah. Hehe

EKSPRESI DATO’ M. NASIR & JAMAL ABDILLAH pada:
Tarikh: 26 Jun 2011 (Ahad)
Masa: 8.30 malam
Tempat: Tingkat 5, Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam

Selamat terhibur.

Jamal Abdillah

Awi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Saleha & Remy Ishak di Roadshow Enchanteur Paris & Dashing

AirAsia X Ultimate NZ Action Hero Day 5