in ,

Sinopsis Drama RAISHA 2 Lakonan Diana Danielle

Setiap manusia pastinya mempunyai cita-cita semenjak dari usia muda. Menuntut seribu satu usaha demi menggapai cita-cita, tonton membawakan sambungan siri original Raisha yang bersiaran di slot Lestary TV3 untuk para penonton.

Siri Original tonton – Raisha 2 yang diarahkan oleh pengarah Nizam Zakaria dan skrip oleh Mufid Suhaimi bakal bersiaran sebanyak 12 episod secara eksklusif di tonton dalam format definisi tinggi (HD).

Raisha 2- poster

“Jiwanya Mengidamkan Kesempurnaan’’
Tayangan di tonton 20 November 2018
Durasi 12 episod x 30 minit

Raisha 2 Jiwanya Mengidamkan Kesempurnaan

Siri drama ini mengisahkan tentang Raisha seorang wanita yang begitu dahagakan populariti. Beliau yang sebelum ini mempunyai seorang anak lelaki, Qayyum hasil dari perkahwinannya bersama Reymy kemudiannya berkahwin dengan Fuad, seorang usahawan muda yang juga sahabat karibnya semenjak bangku sekolah. Setiap perniagaan pastinya melalui beribu cabaran dan Fuad tidak terkecuali. Apabila pendapatan perniagaan Fuad semakin merosot, Raisha merasakan dia perlu mengejar cita-citanya kembali untuk meningkatkan populariti.

Raisha yang bercita-cita ingin menjadi selebriti terkenal mengorak langkah dengan meninggalkan keluarganya untuk berhijrah ke Kuala Lumpur bersama Rashdan, yang menjanjikan watak utama untuk filem akan datang.

Fuad yang marah dengan tindakan Raisha masih tidak mahu menceraikan Raisha kerana terlalu mencintainya. Namun untuk Raisha, penceraian adalah jalan terbaik selepas tidak tahan lagi dengan karenah Fuad yang memaksanya untuk berubah.

Datin Diana Danielle membawakan watak utama sebagai Raisha manakala Hafidz Roshdi membawakan watak Fuad. Turut membintangi drama ini termasuk aktor Fadlan Hazim, Hafreez Adam, Mawar Rashid, Azrel Ismail, Ridzuan Hashim, Reen Rahim, Tunku Hanis dan Aisyah Atan.

Airin Zainul, Pengarah tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad berkata,

“Genre drama adalah pilihan tontonan paling popular di platform tonton, seterusnya membuatkan kami bersemangat mengolah semula kisah Raisha. Raisha yang bakal disiarkan di tonton akan menampilkan dua pengakhiran yang berbeza; menambahkan keterujaan peminat drama Raisha.

“Raisha 2 akan turut ditayangkan di slot Lestary TV3 dua minggu selepas tayangan awal di tonton. Penonton boleh menikmati kesemua episod secara terus-menerus menerusi platform tonton sebelum siaran TV”

Tajuk Raisha 2
Tarikh Tayangan / Masa 20 November 2018
Durasi 30 minit
Episod 12
Pengarah Nizam Zakaria
Penulis Skrip Mufid Suhaimi
Pelakon Datin Diana Danielle sebagai Raisha

Hafidz Roshdi sebagai Fuad

Fadzlan Hazim sebagai Rashdan

Hafreez Adam sebagai Mikail

Mawar Rashid sebagai Ika

Azrel Ismail sebagai Azlan

Ridzuan Hashim sebagai Datuk Z

Reen Rahim sebagai Mira

Tunku Hanis sebagai Tini

Aisyah Atan sebagai Mak Ani

Kini, pengguna tonton di Malaysia boleh menikmati program TV dan rancangan kegemaran secara PERCUMA. Alami variasi pengalaman tontonan meluas melalui akses ke arkib hiburan terbesar Malaysia terdiri daripada drama, berita, sukan, hiburan, kandungan premium dan klasik emas, selain dapat menikmati siaran episod keseluruhan secara terus menerus (‘binge-watch’).

tonton turut memperkenalkan xtra – portal berita hiburan dan gaya hidup; melengkapkan lagi pengalaman tontonan secara atas talian. Xtra merangkumi perkembangan hiburan semasa, kontroversi, kisah viral, serta gaya hidup dari lensa ‘milenial’.

Untuk maklumat lanjut, layari www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi tonton dari Google Play Store & App Store. Ikuti kami melalui platform media social kami :

Facebook: tontonMY
Twitter: tontonMY
Instagram: tontonMY
YouTube : tontonMY
Hashtag us at #tontonMY #tontonMacamVIP

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Berani Betul Artis Baru Sindir Anuar Zain?

Celcom Perkenal Kempen #Icancaremy