in ,

Raikan Program Khas Krismas 2019 di RTM

Tarikh 25 Disember ini sempena sambutan Hari Krismas yang juga disebut Hari Natal menanti penonton setia jenama paling dipercayai, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tayangan lima program terbaik dipilih khas untuk semua.

Meletakkan pilihan di tangan penonton untuk meluangkan masa mengikuti rancangan yang menepati citarasa mereka, program ini disiarkan menerusi saluran utama TV1, TV2 dan juga TV Okey dalam pengisian yang pelbagai termasuklah konsert, drama dan filem antarabangsa.

Disusun atur cantik tayangan program khas pada 25 Disember ini bermula di TV1 menerusi drama dengan tajuk “Memori Krismas”, pukul 12.05 tengah hari. Ia mengetengahkan plot cerita sejak kematian bapanya, Rachel seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun kehilangan sokongan untuk mengejar cita-citanya menjadi seorang penyanyi. Apatahlagi bila ibunya sendiri tidak menggalakkan Rachel untuk terus mengejar cita-cita tersebut. Situasi ini menimbulkan konflik kepada Rachel untuk menunaikan harapan mendiang bapanya agar dia menjadi seorang penyanyi terkenal.

Saluran sama sebelah petangnya pukul 2.00, mengajak penonton berhibur dengan “Konsert Pujaan 10” yang dirakamkan berlangsung di Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor. Sepanjang dua jam siarannya, ikuti persembahan mantap artis terkenal Zamani, Siti Nordiana, Syafiq Farhain, Wany Hasrita, Floor 88, Harry Khalifah, Fieya Julia, Neeta, Arul Sevendays, dan Hafiz Zainal. Konsert ini menampilkan gandingan hos DJ Sonic dan Shiha Zikir.

zAMANI DALAM KONSERT PUJAAN 10

Sementara itu, unik dan mengujakan pastinya apabila saluran mengutamakan khalayak generasi muda, TV Okey tepat pukul 5.00 petang membawa kelainan dengan menyiarkan “Anugerah Carta Sapa Juara Ke-6”. Konsert ini mengetengahkan penglibatan penyanyi, penggubah lagu serta penulis lirik sambil mengetengahkan bakat-bakat yang terbaik khususnya Industri Muzik Dayak di samping sebagai tanda pengiktirafan Stesen Radio WAIfm terhadap lagu-lagu Iban yang paling popular.

ANUGERAH SAPA JUARA

Saluran dengan tagline ‘Dunia Ria’, TV2 pada 25 Disember ini juga memeriahkan siarannya dengan konsert khas, “Joyful December 2019” terbitan Unit Hiburan TV mulai pukul 8.30 malam. Konsert ini dirakamkan bertempat di Dataran Memorial Kemerdekaan, Bandar Hilir, Melaka yang membariskan artis Jay Jay, Jaclyn Victor, Dr. Soo Winci, Resh, Zizi Kirana, Yee Jet Qi, Russell Curtis dan Ferona Bintang RTM.

FILEM EVEREST

Kepada penggemar filem antarabangsa TV2 membawakan filem pengembaraan aksi bertajuk “Everest”, pukul 10.00 malam yang menyorot kisah Robert ‘Rob’ Edwin Hall berlaku pada 10 Mei 1996 bersama Scott Fisher yang bekerjasama untuk ekspedisi menaiki gunung Everest. Filem ini dibintangi oleh pelakon utama Jason Clarke, Ang Phula Sherpa, dan Thomas M. Wright.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gegar Vaganza 2019 Nobat Hady Mirza & Naqiu Sebagai Juara Bersama

Resipi Pelbagai Pes Chef Wan