in ,

Radio Media Prima Lancar Kempen Bersamamu #KitaJagaKita

Selaras dengan pengumuman kerajaan berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan disebabkan berlakunya peningkatan kes Covid 19 di Malaysia yang mana telah memberi kesan terhadap rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi terhadap kedudukan sosioekonomi sehingga menyukarkan mereka untuk menghadapi situasi dan bertahan dengan keadaan pandemik sekarang ini.

Oleh itu, platform radio Media Prima, Fly FM, Hot FM, One FM dan Kool FM telah melancarkan inisiatif bersama kumpulan Media Prima di bawah program TV3, Bersamamu. “Bersamamu #KitaJagaKita” merupakan satu inisiatif untuk membantu rakyat Malaysia dalam kehidupan seharian. 

Kempen “Bersamamu #KitaJagaKita” mengajak pendengar yang memerlukan bantuan untuk menghantar Whatsapp kepada setiap stesen melalui 017-6846950 dan berkongsi situasi yang dialami oleh mereka. Pendengar yang terpilih akan diberi bantuan kewangan berjumlah RM200. Kempen “Bersamamu #KitaJagaKita” dijangka akan bermula pada hari ini.

Radio Media Prima Lancar Kempen Bersamamu #Kitajagakita

Menurut Nazri Noran, Ketua Pegawai Eksekutif RIPPLE, kempen “Bersamamu #KitaJagaKita bertujuan untuk memberikan bantuan kepada rakyat Malaysia yang terkesan. Kami mengambil pendekatan ini untuk memastikan bantuan dapat diberikan dan memastikan tiada rakyat Malaysia yang terpinggir daripada mendapatkan sebarang bantuan. Kami berharap kempen ini akan dapat membantu mereka yang memerlukan walau sekecil manapun bantuan itu.”

Oleh itu, kami menyeru rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan untuk kongsi cerita anda melalui nombor telefon yang diberikan. Media Prima Berhad bersedia untuk membantu anda  yang sedang menghadapi kesusahan!

Tentang RIPPLE

RIPPLE (dahulunya dikenali sebagai Rangkaian Radio Media Prima) adalah jenama radio yang memfokuskan penyelesaian terhadap golongan sasaran dan menjadi pusat sehenti bagi radio seperti digital, influencer dan  pengalaman pengguna. RIPPLE mewakili 4 jenama siaran radio – Fly FM, Hot FM, One FM dan Kool FM, serta platform penstriman audio / podcast, Ais Kacang. RIPPLE telah mengumpulkan hampir 12 juta pengikut di platform digital dan 57 juta pendengar digital serta 718 juta tontonan video melalui jenamanya. RIPPLE telah menggunakan data kolektifnya untuk memberi penyelesaian terhadap kandungan kepada jenama dan golongan sasaran masing-masing. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zareef Sein | 23

Zareef Sein Mengorak Langkah Dengan Pelancaran Single CINTA SYURGAKU

Muhyiddin Yassin | 24

Belum Reda Isu Bendera Putih, Tular Pula Kempen Kibar Bendera Hitam Pula