in ,

Radhi OAG, Forteen & Ariana Couple dalam Xpresi Kembara Khas Merdeka

Xpresi Kembara : Khas Merdeka Di TV1 Tampilkan Artis Radhi OAG, Forteen dan Ariana Couple

Di sebalik kerancakan stesen-stesen TV seluruh negara berkongsi program-program menarik sepanjang bulan kemerdekaan ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi program terbitannya turut menjanjikan kelainan dengan menyiarkan edisi khas program majalah Xpresi Kembara bertemakan Merdeka.

Menemui penonton TV1 pada 1 September 2012, jam 12.05 tengah hari, dalam setengah jam siarannya, program ini dimeriahkan dengan artis jemputan Radhi OAG, Forteen dan Adriana Couple bersama Tentera RAMD PARA iaitu Pasukan Elit Tentera Darat di Kem Terendak Melaka.

Artis yang menjayakan Xpresi kembara khas Merdeka

Menariknya kali ini artis jemputan Xpresi Kembara dapat merasai beberapa aktiviti latihan Tentera RAMD PARA yang dilakukan setiap hari untuk mengekalkan stamina dari segi fizikal dan mental serta sentiasa bersedia untuk menghadapi musuh negara.

Menurut penerbitnya, Noraida Yunus, ”Keistimewaannya dimana dalam program ini, artis sendiri dapat mempelajari dan merasai bagaimana latihan asas sebelum penerjunan di lakukan, merentas halangan dan latihan abseling dan repelling dilakukan.”

Tambahnya lagi, program ini pada masa sama dapat mendedahkan artis tempatan kepada kehidupan seorang tentera para iaitu pasukan elit tentera darat. Malah pendedahan kepada artis ini dapat menunjukkan betapa sukarnya dan pengorbanan Pasukan Angkatan Tentera Malaysia dalam mempertahankan negara.

Saksikan aksi dan kesungguhan ditunjukkan oleh tiga artis ini melakukan aktiviti Phsical Training (PT) dimana mereka dikehendaki menggalas beg seberat 25kg. Mereka turut berlari dan berkawad di dalam Kem Terendak, Melaka sejauh 5km. Ia bertujuan untuk ketabahan diri dan memantapkan stamina, sahsiah dan disiplin seseorang tentera.

Seterusnya mereka turut melakukan latihan penerjunan dari pesawat tiruan yang dipanggil latihan kawad pesawat. Latihan kawad terbang di mana artis dan askar di gantung pada payung terjun sebenar dan belajar tatacara yang betul untuk terjunan payung terjun. Latihan ini memang terkandung dalam modul latihan dan kemahiran ini perlu di ajar kepada semua penerjun.

Aktiviti lain termasuklah latihan rempuh halangan seperti panjat tembok 6 kaki, panjat tembok 12kaki, piramid, tangga kambing, monkey bar, merangkak di bawah kawad dawai di dalam lumpur dan sebagainya.

Ingin menyaksikan bagaimanakah aksi Radhi OAG, Forteen dan Adriana Couple sama-sama ‘turun padang’ melakukan aktiviti mencabar ini, saksikan Xpresi Kembara khas Merdeka hanya di TV1.

Fourteen dan Radhi OAG dalam uniform Tentera Darat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Wireless Audio with Dock DA-E750

Gambar Ustaz Don Kahwin Dengan Husna