in ,

Race Start! Running Man Fanmeet in Malaysia

[dropcap]K[/dropcap]epada pembaca yang masih ingat, beberapa hari lalu, Budiey ada menyiarkan berita tentang program realiti paling popular, Running Man yang akan datang ke Malaysia pada bulan September 2013 nanti. Budiey pun dah tak sabar untuk bertemu dengan selebriti yang femes dan meletop dalam Running Man. Ish, tak sabar! Tak sabar!

Running Man di Malaysia

[dropcap]N[/dropcap]ah! Di sini Budiey ingin war-warkan secara terperinci tentang kedatangan Running Man di bumi Malaysia. Running Man Fanmeet in Malaysia akan diadakan pada 7 September 2013, hari Sabtu di Pusat Membeli-Belah Kenanga Whole City (KWC), Kuala Lumpur jam 8 malam.

Atas nama Race Start! Running Man Fanmeet in Malaysia, inilah masanya peminat mendapat peluang keemasan yang sekali sekala datang untuk mendapatkan Hi5 & Autograph {bagi fans yang membeli Premium Ticket sahaja}. Anda boleh melihat dengan mata anda sendiri empat figura popular iaitu Kim Jong Kook, HaHa, Gary dan Jae Suk Jin di depan mata. Wow! Walaupun hanya ada 4 orang selebriti, tapi Budiey tetap akan ke sana. Boleh buat #LiveUpdate dan siarkan di Instagram. Jadi, jangan lupa follow Instagram Budiey, orait?

Budiey dikhabarkan oleh penganjur, tiket-tiket untuk acara berkenaan hanya sebanyak 3,500 keping sahaja akan dijual. Namun difahamkan sekiranya mendapatkan sambutan menggalakkan, pihak penganjur, Big Pocket, bersedia untuk mengeluarkan lagi tiket-tiket.

Running Man di Malaysia! Harga Tiket Serendah RM169 & Tawaran Istimewa. Tiket-tiket akan dijual mulai 20 Julai 2013, jam 11 pagi hingga 5 petang bertempat di level 15, Star Stage, KWC Fashion Mall

Berikut harga tiket-tiket Race Start! Running Man Fanmeet in Malaysia :

Pakej Premium
Hi5 & Sesi Autograf
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad

Pakej VIP RM469.00
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad
Cabutan Bertuah – 20 Peminat berpluang menghadiri Sidang Media

Pakej RM369.00
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad

Pakej RM269.00
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad

Pakej RM169
Poster RM edisi terhad

Running Man merupakan program realiti berkonsepkan gameshow urban-komedi yang disiarkan di saluran SBS sejak Julai 2010. Setiap episod akan menampilkan tetamu jemputan terdiri daripada selebriti popular, jaguh sukan mahupun individu berpengaruh di korea juga antarabangsa untuk bersaing dengan pasukan Running Man. Kedua-kedua kumpulan akan berdepan dengan pelbagai cabaran luar jangkaan, getir serta melucukan dan sesiapa yang dapat memenuhi misi, mereka di kira sebagai pemenang.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.bigpocketgroup.com atau facebook, www.facebook.com/Bigpocketgroup88.

Running Man di Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Saving Gets Serious in TLC’s New Series

Daft Punk are the daddies this Father’s Day on Spotify