in

Quotes of the Day: Saya Tidak Kisah – Fasha Sandha

Fasha Sandha tidak ada masalah untuk beraksi dalam Spa Qistina walaupun perlu bertemu dengan Nora Danish. Bahkan syarikat penerbitan drama itu memang ada memaklumkan perkara berkenaan kepadanya.

“Saya menerima tawaran ini sejak Julai lalu dan mengambil masa sebulan untuk menyatakan persetujuan dan mengkaji karakter Freida. Ternyata saya sukakannya dan Freida antara watak yang menyebabkan kemusnahan empayar Qistina. Selepas saya bersetuju, Kak Ton (Zaiton Mohd Jiwa, pemilik Global Station) memberitahu dia (Nora Danish) pun turut berlakon. Sebenarnya sudah beberapa kali tawaran berlakon dengan produksi ini saya tolak kerana bercanggah dengan kerja lain. Sekarang saya sudah tidak fikir panjang biarpun dia turut berlakon sama. Saya tidak ada masalah berlakon dengannya,” kata Fasha.

Tindakan Nora Danish menarik diri menyebabkan produksi rugi besar dan penggambaran membabitkan watak Maya di Bukit Bintang, Kuala Lumpur terpaksa dibuat semula.

“Apabila berlaku masalah begini, kami memang terpaksa menanggung kerugian. Perkara sudah jadi dan jika ada kesilapan, kami memohon maaf. Kami tidak menyebelahi sesiapa. Masalah peribadi membabitkan Nora dan Fasha, tiada kaitan dengan kami. Sebaik mungkin kami cuba tidak sesekali menemukan mereka babak yang sama. Kami menghormati permintaan Nora. Cuma perkara ini berlaku apabila pada hari yang ditetapkan untuk Nora berada di set penggambaran ialah jam 1 tengah hari, manakala Fasha pula sekitar pukul 4 petang. Kebetulan pada hari yang sama iaitu di sebelah paginya, Nora dan Fasha terbabit dengan pertunjukan fesyen M-IFW anjuran MIFA.

“Inilah yang membuatkan emak saya (Datik Zaiton Muhd Jiwa) berasa ralat sikit dengan sikap Nora. Dia berpegang kepada prinsip untuk tidak mahu dikaitkan apa-apa dengan Fasha, tetapi pada masa sama Nora macam tidak kisah apabila diminta menjayakan pertunjukan fesyen bersama-sama Fasha pula,” katanya. [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Seksi Maria Farida

Pameran Jual Beli Rumah di ALAM IDAMAN