in ,

Qi Razali Jadi Chef Popular Dalam AKU MENTERI DAPUR

Kisah Fauzi yang menghadapi pelbagai tekanan daripada isterinya yang mahukan dia berkerjaya sebagai auditor. Jiwa Fauzi sebenarnya mahu menjadi chef. Mengisi slot Citra di TV2 pada 23 Jun ini, pukul 10.00 malam membawakan telemovie bertajuk “Aku Menteri Dapur” menceritakan perjalanan Fauzi untuk menjadi seorang chef yang kemudian menjadi terkenal melalui facebook tanpa pengetahuan isterinya.

Menyaksikan gandingan pelakon Qi Razali dan Aisya Hasnaa sebagai suami isteri, telemovie arahan Zulkiflie M.Osman ini turut dibintangi oleh Aznah Hamid, Jeff Omar, Rizalwan Ramli, dan Zarina Mohamad serta penampilan khas Zulkiflie M.Osman sendiri.

Plot kisahnya berkembang dengan watak Fauzi merupakan seorang auditor di sebuah syarikat auditor yang terkemuka di Kuala Lumpur. Begitu pun minat Fauzi bukan dalam audit sebaliknya dia lebih berminat menjadi chef. Tekanan demi tekanan dialami di tempat kerja membuat Fauzi akhirnya nekad berhenti kerja. Namun perkara itu dirahsiakan daripada pengetahuan Sofi, isterinya. Dia tahu Sofi tidak pernah bersetuju untuknya menjadi chef.

Qi pegang watak Fauzi bersama kawannya Mawi

Beberapa kali Fauzi cuba berbincang dengan Sofi untuk berhenti kerja dan membuka restoran tapi Sofi menentang dengan sekeras-kerasnya. Sofi tidak suka berniaga kedai makan.

Setiap hari Fauzi keluar rumah seperti seolah-olah dia pergi bekerja. Keadaan Fauzi amat terdesak, juga dia tiada modal untuk membuka sebarang perniagaan lebih-lebih lagi kedai makan seperti yang dicita-citakan.

Fauzi berjumpa sahabat lamanya Mawi. Ketika berjumpa dengan Mawi yang ‘kaki facebook’ telah memberikan Fauzi idea untuk membuat kelas masakan di rumah. Mawi yang sememangnya tahu Fauzi seorang yang pandai memasak telah mencadangkan Fauzi untuk membuka profile facebook baru yang dinamakan ‘Aku Menteri Dapur’. Di dalam ‘Aku Menteri Dapur’ Fauzi membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk membuat kek red velvet.

Tanpa di sangka oleh fauzi, kelas masakannya itu mendapat sambutan walaupun tidak ramai, namun Fauzi merasakan amat berpuashati, ditambah lagi dengan keadaan saiz rumahnya yang memang cukup-cukup untuk setakat lima orang sahaja.

Fauzi, bijak mengatur langkah, kelasnya di buat pada hari bekerja, kerana diwaktu itu Sofi tiada di rumah kerana bekerja . Sara, anaknya pula selepas waktu sekolah akan diletakkan di rumah kawannya Mawi untuk dijaga isteri Mawi. Fauzi juga akan memastikan Sofi tidak pulang ke rumah sepanjang waktu bekerja. Dalam masa yang sama untuk mengelak Sofi mengetahui segala projeknya di dalam facebook itu, Fauzi melarang Sofi mempunyai akaun di facebook dengan menakut-nakut Sofi dengan pelbagai perkara negatif pernah berlaku di dalam facebook seperti kena ugut , perpecahan rumah tangga dan sebagainya.

Bermula ,dari itu kelas memasak Fauzi semakin rancak dan dikenali di facebook. “Aku Menteri Dapur’ menjadi semakin popular. Fauzi tiada pilihan. Dia merasakan perlu untuk menyewa rumah lain untuk dijadikan tempat dia selesa mengajar menjadikan kelas memasaknya lebih selesa tanpa pengetahuan Sofi. Yang paling dibimbangkan Fauzi ialah jika rahsia ini bocor kepada Sofi.

Oleh kerana “Aku Menteri Dapur’ memang semakin terkenal di kalangan pelayar facebook, tidak disangka Fauzi turut diminati salah seorang pelajarnya yang bernama Irma. Irma yang juga seorang janda memendam perasan cinta terhadap Fauzi. Fauzi juga terasa yang Irma cuba mencuri hatinya, namun Fauzi cuba menguatkan semangat untuk tidak jatuh cinta terhadap Irma. Irma pula sering datang ke setiap kelas Fauzi dengan menawarkan dirinya sebagai pembantu Fauzi.

Dalam pada itu, Fauzi cuba mencari jalan bagaimana boleh dia memujuk Sofi dan berterus terang yang selama ini Fauzi bukan lagi bekerja sebagai auditor ditempat yang Sofi sangkakan selama ini. Malangnya apa yang diharapkan telah membuatkan Fauzi semakin buntu. Emak Sofi telah membuka cerita yang dulunya sofi pernah dipinang oleh seorang jejaka anak orang kaya bernama Shah. Tapi Sofi telah menolaknya disebabkan kerjaya Shah itu sebagai seorang chef di hotel dan sekarang Shah itu telah berhijrah ke luar negara dan juga menjadi chef di Singapura.

Sementara itu fanpage facebook Fauzi mendapat ramai peminat di tambah lagi kelas tempat memasak sudah menjadi lebih selesa, dek kerana Fauzi telah menyewa rumah lain yang siap perabot dan kabinet dapur yang cantik. Namun Fauzi bijak, setiap gambar di facebook Fauzi tidak menampakkan wajah dia yang sebenar. Hanya gambar-gambar cara memasak dan hasil masakan sahaja.

Satu hari ibu kepada rakan Sara bernama Nina membawa bersama Sara untuk kelas memasak Fauzi kerana tidak sempat menghantar pulang Nina dan Sara. Alangkah terperanjatnya Sara bila mengetahui yang pengajar memasak itu ialah Fauzi. Fauzi kemudiannya berterus terang kepada Sara yang bijak itu. Dengan Sara tidak menjadi masalah besar untuk Fauzi memujuk. Yang dibimbangkan Fauzi ialah takut Sara terlepas cakap di depan Sofi.

flyer AKU MENTRI DAPUR

Aisyaa Hasnaa pegang watak Sofi

Fauzi ... impian menjadi chef tercapai

keluarga bahagia .. Fauzi, Sofi dan anak mereka Sara

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rahsia Di Sebalik Kecanggihan Kamera Galaxy S6

Siri Terbaru HBO Lakonan DWAYNE JOHNSON Dalam BALLERS