in ,

Pusat Beli-Belah 1 Utama Dan Kelab Golf Tropicana Diarah Tutup Mulai 11 Oktober 2020

Terkini, pusat beli-belah One Utama, Bandar Utama dan sebuah kelab golf, Tropicana Golf Club & Country Resort, Tropicana di Petaling Jaya diarah tutup mulai 11 Oktober 2020.

GAMBAR HIASAN

Penutupan itu selepas terdapat empat kes positif di pusat beli-belah One Utama membabitkan tiga pekerja dan seorang pengunjung premis serta lima kes positif Covid-19 membabitkan pekerja kelab golf Tropicana dilaporkan setakat ini.

Pusat Beli-Belah 1 Utama Dan Kelab Golf Tropicana Diarah Tutup Mulai 11 Oktober 2020

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling, Johary Anuar, penutupan tersebut bertujuan untuk membuat saringan kontak rapat dan proses nyahkuman.

Malah, pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang mengunjungi dua tempat berkenaan pada 30 September hingga 7 Oktober (Bahagian Kosmetik dan Wangian) serta pada 25 September hingga 30 September (Mac City) untuk tampil membuat saringan Covid-19.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

Syarikat Luar Negara Tawar AirAsia RM4.1 Bilion, Dengan Syarat Beri Data Pelanggan

“CONTROL is Intended as a Thank You to My Teacher,” – Zoe Wees