in ,

Puma H-Street Bawa Energi Global Ke Seoul Dengan Pelancaran Eksklusif

Sebuah Acara Berbudaya, Bergaya Futuristik Dan Dimeriahkan Oleh Rosé Sebagai Wajah Global PUMA

Suasana di Layer 41, sebuah ruang pameran bertema futuristik di tengah-tengah kota Seoul, bertukar menjadi pusat gaya dan budaya apabila jenama sukan global PUMA menganjurkan pelancaran eksklusif kasut H-Street yang cukup immersive. Acara ini bukan sekadar pelancaran kasut, tetapi merupakan satu perayaan gaya hidup, warisan dan kreativiti anak muda hari ini yang menggabungkan unsur fesyen, muzik dan seni dengan penuh berani dan bergaya.

Rosé Serlahkan Pesona Di Malam Pembukaan Bersama Komuniti PUMA

Kemeriahan acara Future Archives ini tidak lengkap tanpa kehadiran Rosé, bintang K-pop antarabangsa dan Duta Global PUMA, yang menjadi tumpuan sepanjang malam. Rosé bukan sahaja hadir sebagai selebriti, tetapi sebagai simbol penyatuan budaya dan gaya antara Timur dan Barat. Turut hadir memeriahkan malam pembukaan ialah nama-nama besar dari kalangan artis dan influencer tempatan seperti Yeji, Yuri Jo, Juyeon, Jungwon Cha dan Junyoung Lee.

Sambil para tetamu menikmati pengalaman penuh seni dan interaktif di ruang pelancaran, muzik bergema dari Ring Seoul, sebuah ruang komuniti pasca-pandemik yang sinonim dengan bunyi eksperimental dan suasana yang immersive. Gabungan visual yang memukau dan alunan muzik urban Seoul memberikan nuansa yang sangat kontemporari dan penuh karakter.

Puma H-Street Bawa Energi Global Ke Seoul Dengan Pelancaran Eksklusif

Future Archives: Menghimpunkan Warisan Siluet Lama Dalam Gaya Baharu

Pelancaran kasut H-Street ini adalah sebahagian daripada kempen Future Archives, iaitu satu siri aktivasi rekaan tinggi yang mengangkat semula siluet rendah PUMA ke era baharu. Dalam siri ini, PUMA bukan sahaja menoleh ke belakang untuk mengarkibkan legasi, tetapi turut melangkah ke hadapan dengan mempersembahkan naratif moden yang menyatu dengan budaya semasa.

Untuk memberikan nafas segar kepada warisan ini, PUMA berganding bahu dengan pelbagai rakan kongsi dari Korea termasuk galeri seni, pemuzik, pereka dan majalah tempatan seperti Eyesmag. Pameran ini juga menampilkan ruang khas daripada Inside Tag dan Cold Archive yang mempersembahkan koleksi produk arkib dan aktiviti komuniti yang menarik.

Apa yang menjadikan acara ini benar-benar unik ialah elemen trek dan padang yang direka semula dalam bentuk seni instalasi, menyatu dalam suasana galeri moden yang memberi penghormatan kepada asal-usul kasut larian ini.

Puma H-Street Bawa Energi Global Ke Seoul Dengan Pelancaran Eksklusif

Pengalaman Interaktif Dan Personal Untuk Setiap Tetamu

Christina Mirabelli, Pengarah Pemasaran Global PUMA Sportstyle, menggambarkan malam pembukaan ini sebagai satu kejayaan besar. “The opening night was a massive success. It was incredible to see so many familiar faces from the PUMA community show up and support this moment. Seeing all the different ways people styled the H-Street, watching them customize their pairs, explore the space – it just felt special,” ujar beliau dengan penuh semangat.

Ruang acara itu memberi peluang kepada setiap tetamu untuk menyentuh, mencuba dan menyesuaikan kasut H-Street mengikut gaya peribadi masing-masing. Ia bukan sekadar melihat, tetapi satu pengalaman yang membenarkan pengunjung menjadi sebahagian daripada cerita rekaan kasut ini sendiri.

Puma H-Street Bawa Energi Global Ke Seoul Dengan Pelancaran Eksklusif

PUMA H-Street Kini Dibuka Untuk Umum Selama Tiga Hari Sahaja

Bagi mereka yang berada di Seoul, jangan lepaskan peluang kerana acara PUMA H-Street ini dibuka untuk umum dari 16 hingga 18 Mei 2025. Peluang ini membolehkan pengunjung menyelami sendiri dunia rekaan dan budaya yang ditawarkan oleh PUMA menerusi pendekatan yang segar dan penuh gaya.

Acara ini bukan sekadar pelancaran kasut – ia adalah platform untuk mengangkat suara kreatif generasi kini, menyatukan nilai sejarah dengan pandangan masa hadapan yang lebih inklusif dan berani.

Puma H-Street Bawa Energi Global Ke Seoul Dengan Pelancaran Eksklusif

Apa Kata Budiey? 

Bagi Budiey, pelancaran seperti ini adalah gambaran bagaimana jenama global seperti PUMA memahami nadi generasi muda – penuh identiti, ekspresi diri dan berani mencuba yang baharu. Acara immersive seperti ini bukan sahaja mencipta buzz tetapi juga mewujudkan hubungan emosi antara pengguna dan jenama. Dengan gabungan fesyen, muzik dan seni, PUMA berjaya mencipta ruang di mana budaya lama dan baharu bertemu dalam satu platform yang hidup dan bernyawa.

Kasut H-Street ini bukan sekadar produk, tetapi satu simbol warisan yang direka semula untuk dunia moden, dan pelancarannya di Seoul membuktikan bahawa PUMA masih menjadi peneraju dalam mencipta naratif gaya hidup yang relevan, bergaya dan berimpak tinggi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Metrowealth Tampilkan ‘Nar’sata Sekutu Setan’ Arahan Pierre Andre

Lady Gaga Gegarkan Netflix Tudum 2025: Show Eksklusif Secara Live