in ,

Pulang Dari Umrah, Betul Ke Ayda Jebat Sudah Berhijab?

Baru saja pulang dari mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini, penampilan Ayda Jebat yang bertudung di media sosial menjadi perhatian ramai netizen.

Betul ke Ayda dah bertudung ni? Kalau betul baguslah! Menerusi foto yang dikongsikan Sheila Rusly di Instagram, kelihatan Ayda Jebat tampil manis bertudung litup. Haa… cantik ayu cun dan manis je kan kalau bertudung tu dik!

Penampilan Ayda itu sekaligus menjadi tanda tanya netizen adakah pelakon itu benar-benar sudah berhijab. Namun, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur di atas penghijrahan tersebut seandainya Ayda Jebat memilih untuk kekal bertudung.

Ayda Jebat

Di ruangan komen, ramai yang berharap agar Ayda akan terus kekal istiqamah untuk berhijab serta mendoakan agar ditetapkan hati untuk menutup aurat.

Dalam pada itu, ramai yang memuji penampilan Ayda yang sangat manis dan cantik apabila bertudung. Malah, ramai yang lebih sukakan dengan imej Ayda bertudung dan mengatakan sejuk mata memandang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Menonton Filem BLOODSHOT

Trailer & Sinopsis Filem A QUIET PLACE PART II Lakonan Emily Blunt